MENGAPA MESTI KEDUA-DUANYA WARGA CHINA?

Melalui kenyataan media semalam, dilaporkan bahawa Khazanah Nasional, badan pelaburan utama kerajaan telah melantik dua individu warga China sebagai ahli lembaga pengarahnya yang baru.

Mereka ialah Pengasas SenseTime dan profesor di Chinese University of Hong Kong, Profesor Xiao’ou Tang dan Naib Presiden Eksekutif dan Pengerusi Pemasaran Kumpulan serta Penjenamaan Global Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee.

“Khazanah mengalu-alukan pelantikan anggota lembaga pengarah yang baharu ini dan berharap mereka dapat terus bekerja dengan kami yang diketuai oleh Pengerusinya, Tun Mahathir Mohamad untuk memenuhi mandat kami sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia,” menurut Khazanah itu lagi.

Persoalannya, kenapa dilantik warga China?

Apakah tiada rakyat tempatan yang layak untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah?

Kalau pun perlantikan dua Ahli Lembaga Pengarah daripada luar negara itu bertujuan mendapatkan kepakaran mereka, kenapa pula kedua-duanya daripada China?

Kenapa tidak dilantik seorang daripada China dan seorang lagi daripada Amerika, Perancis, England, Belanda atau sebagainya?

Mengapa mesti kedua-duanya daripada China?

Apa istimewanya China kepada kerajaan PH sekarang?

Bagaimana mahu menepis jika ada tanggapan bahawa ini adalah sebahagian daripada agenda mahu menjual negara kepada China?

Apa agaknya berlaku jika perlantikan seperti ini dibuat ketika era pemerintahan BN dan Najib Razak dahulu?

– https://shahbudindotcom.net/

.