HOW IRONIC – MACC TO PROBE ITS OWN CHIEF? OVERDRESSED LATHEEFA TRIGGERS TALK SHE’S WEARING FALSE MEDALS, RIBBONS & DECORATIONS: SPRM PERLU SEGERA BERI PENJELASAN

Rasanya ini merupakan suatu isu yang perlu diperjelaskan segera, baik oleh SPRM mahu pun Latheefa Koya sendiri.

Ini kerana beliau belum pun sampai sebulan memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, selain sebelum ini tidak diketahui beliau pernah menerima sebarang pingat atau bintang kebesaran.

Apa yang ramai tahu beliau hanyalah seorang peguam yang juga bekas pemimpin PKR.

Lantaran itu, segala pingat, bintang atau riben perkhidmatan yang terletak pada pakaian seragam yang dipakainya selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM tentu saja menimbulkan banyak persoalan.

Jika ini tidak diberi penjelasan segera, dibimbangi akan mencemarkan nama PH kerana seolah-olah terpalit dengan satu lagi perkara palsu.

Sebelum ini ada sijil palsu, ijazah palsu, universiti palsu, gelaran Datuk palsu, surat palsu dan macam-macam lagi palsu, apakah Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik ini juga mungkin memakai pingat dan bintang palsu?

Kalau terpalit dengan sesuatu palsu, bagaimanakah tugasnya memerangi rasuah boleh diyakini ramai?

Untuk itu, penjelasan segera tidak seharusnya dilengah-lengahkan lagi.

https://shahbudindotcom.net/

.