ZURAIDAH “BUNUH” AZMIN?

20181009_PEO_MINISTER HOUSING AND LOCAL GOVERNMENT ZURAIDA KAMARUDDIN _PHOTO BY SAM FONG

Sebagaimana dilaporkan media, Naib Presiden PKR, Zuraidah Kamaruddin akan mencadangkan agar Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat daripada parti.

Cadangan itu akan dikemukakannya dalam mesyuarat Biro Politik PKR, petang ini.

“Ya (saya akan desak parti pecat Haziq).

“Sepatutnya, tindakan pecat harus dikenakan kepada anggota terlibat kerana ia memalukan parti, mencemarkan parti dan juga mencemarkan kepimpinan parti,” kata beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kata Zuraidah, perlakuan seks luar tabii sepertimana yang diakui oleh Haziq adalah jenayah dalam negara.

Apakah tujuan Zuraidah mahu Haziq dipecat?

Sebagaimana yang ditekankan dalam blog ini semalam, tidakkah Zuraidah sedar bahawa perlakuan seks yang diakui Haziq adalah melibatkan hubungan dua pihak?

Sementara Haziq mengakui seks luar tabiinya, beliau juga mengakui pasangannya dalam video yang tersebar luas itu ialah Azmin Ali.

Tidak salah parti jika PKR mahu memecat Haziq berdasarkan pengakuannya itu.

Tetapi, jika pengakuan melakukan seks luar tabii yang dibuat Haziq mahu diterima sebagai fakta yang benar dan ingin dijadikan asas memecatnya, bagaimana pula dengan pengakuannya bahawa Azmin adalah pasangannya?

Tidakkah kedua-dua pengakuan itu keluar daripada mulut Haziq pada waktu yang sama?

Dengan itu, adilkah jika Haziq saja yang dicadangkan dipecat, tetapi pasangannya tidak diambil apa-apa tindakan?

Kenapa dalam hal ini Zuraidah tidak mahu menunggu hasil siasatan polis selesai berhubung ketulenan video dan pelaku dalam video tersebut sebelum mencadangkan pemecatan Haziq?

Atau Zuraidah sebenarnya mahu “membunuh” karier Azmin dengan lebih cepat lagi?

– https://shahbudindotcom.net/

.