PILIHAN YANG ADA UNTUK ZAHID HAMIDI – TERUS BERJUANG ATAU LETAK JAWATAN?

Barangkali ramai yang bersetuju dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah ini bahawa tidak ada cuti untuk Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO.

Jawatan sebagai peneraju, bukan saja UMNO, tetapi juga dalam apa juga parti, adalah jawatan sukarela berdasarkan undi daripada perwakilan.

Pilihan kepada seseorang sebagai ketua ialah untuk terus berkhidmat dan berjuang.

Perjuangan adalah suatu proses atau pengabdian yang berterusan serta tidak kenal cuti rehat.

Ia bukanlah seperti jawatan dalam pekerjaan di swasta atau kerajaan di mana seseorang itu ada diberikan cuti tertentu atau mereka boleh mengambil cuti mengikut keperluan.

Dalam perjuangan, siang atau malam atau ketika tidur sekali pun, jika ada keperluan, seseorang itu perlu segera bangun untuk menampilkan dirinya.

Jika tidak sedia meneruskan khidmat atau kalah dengan cabaran, pilihan yang ada hanyalah berhenti atau letak jawatan.

Mana ada cuti-cuti macam orang makan gaji. Lagi pula, bercuti pun buat apa, bukannya ada gaji.

Pilihan kini di tangan Zahid Hamidi – kembali bertugas dan meneruskan perjuangan atau letak saja jawatan?

-https://shahbudindotcom.net/

.