TUN DAIM TEGUR GUAN ENG?

Dalam sebuah interbiu dengan Astro Awani, antara lain Tun Daim Zainuddin menasihatkan menteri-menteri kabinet supaya berbincang terlebih dahulu dengan Setiausaha Akhbar masing-masing sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Kalau nak buat kenyataan, bincang tengok apa kesannya, bincang dengan pegawai kemudian bincang menteri dengan menteri. Bukan seronok-seronok buat kenyataan.

“Kalau positif, keluar kenyataan, kalau negatif, jangan keluar kenyataan. Kalau negatif nak umum juga, bodohlah,” katanya.

Siapakah menteri yang Tun Daim maksudkan tidak bijak berkomunikasi sehingga menyebabkan kejatuhan ringgit?