MESKI TIADA KUASA, UMNO BERPECAH DUA?

Ketidaktentuan mengenai kedudukan Zahid Hamidi sama mahu kembali sebagai Presiden UMNO atau sebaliknya mungkin akan berlarutan dalam tempoh yang lebih lama lagi.

Meskipun sudah beberapa bulan mengambil cuti tanpa tempoh untuk jawatan Presiden UMNO dipangku oleh timbalannya, Mohamad Hasan, hasratnya untuk kembali tidaklah semudah yang disangka.

Sementara penyokong beliau, malah mungkin Zahid Hamidi sendiri tidak terkecuali turut teringin untuk kembali semula memimpin UMNO, mereka yang mahu menolak agar beliau menyambung lagi bercuti atau terus berhenti juga semakin ramai.

Keadaan ini menjadikan UMNO kini bagaikan terpecah dua – satu mahu Zahid Hamidi kembali semula dan satu lagi ingin beliau melepaskan terus kepimpinannya dalam UMNO.

Dalam kedudukan tiada lagi kuasa, perebutan kuasa dalam UMNO nampaknya masih lagi ada.

Suara siapakah yang mahu Zahid Hamidi tidak lagi menerajui UMNO itu?

Apakah ia suara mereka yang ada jawatan tertentu dalam UMNO sekarang atau ini merupakan suara mereka yang berhasrat bertanding Presiden UMNO pada tahun 2021 nanti?

-shahbudindotcom.net

.