SIAPA DALANG SEMUA INI?

Apabila membaca berita mengenai kemungkinan UMNO meminda perlembagaannya bekaitan perkara ini, soalan pertama yang bermain di fikiran kita tentunya ialah siapakah dalang di sebaliknya?

Perlu dan wajarkah UMNO meminda Fasal 9.9 perlembagaannya untuk membolehkan mereka yang baru didakwa di mahkamah terlucut jawatannya secara autonatik?

Apakah UMNO kini tidak lagi berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehinggalah didapati bersalah oleh mahkamah?

Jika pindaan ini berjaya mendapat sokongan dua pertiga perwakilan dalam perhimpunan agung khas UMNO hujung tahun ini, Zahid Hamidi, Najib Razak, Tengku Adnan Tengku Mansor, Abdul Azeez Rahim dan beberapa yang lain yang telah ddakwa di mahkamah akan kehilangan jawatan masing-masing secara automatik sama ada di peringkat pusat atau bahagian.

Apakah Mohamad Hasan yang mahukan pindaan ini dilakukan agar beliau boleh terus memangku jawatan Presiden UMNO?

Apakah mungkin usaha ini digerakkan oleh mereka yang tewas dalam pemilihan UMNO yang lalu, tetapi berhasrat untuk bertanding semula dalam pemilihan 2021 akan datang?

Atau tidak mustahilkah segelintir mereka yang berjawatan Naib Presiden dan MT UMNO sendiri mahu Fasal 9.9 itu dipinda bagi mengenepikan semua yang pernah didakwa di mahkamah, lalu membolehkan mereka melonjak ke hireaki lebih tinggi dalam parti?

Tetapi, meskipun usaha meminda perlembagaan ini tidak dinafikan ada kebaikannya, tetapi risikonya kepada UMNO juga adalah tinggi.

Ini kerana jika pindaan itu diluluskan, satu perkara yang tidak harus ditolak ialah bagaimana jika selepas ini satu demi pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam parti akan didakwa di mahkamah?

Adakah pemimpin UMNO yang pernah menjadi menteri atau pengerusi agensi sebelum ini benar-benar bersih daripada sebarang salah laku?

Tidak bimbangkah bahawa selepas ini satu demi satu pemimpin UMNO akan terlucut jawatannya hanya kerana mereka didakwa di mahkamah?

-shahbudindotcom.net

.