TAKIYUDDIN CACAT AKAL POLITIK

KADANG KADANG ilmu dan pengetahuan seseorang dibiar begitu sahaja tidak diguna sebaik-baiknya menjadikan ia sia-sia. Paling menyedihkan ilmu dan pengetahuan itu tidak membantu mengangkatkan darjat dan harakat seseorang. Maka sia-sialah ilmu seseorang itu apabila ia gagal menggunakan ilmunya.

Orang seperti itu tidak jauh bezanya dengan kaldai dan unta di Makkah yang menjadi tukang usung kitab tuan syeikh bertahun-tahun tetapi buta apa yang dipikulnya.

Begitulah konotasi apa yang terjadi kepada Setiausaha Agung parti mengakui memperjuangkan  agama (Pam), Takiyuddin Hassan apabila beliau mempersoalkan apakah seorang banduan boleh menjadi PM.

Takiyuddin merujuk terus kepada Anwar Ibrahim, yang sudah dikonsensukan oleh komponen Pakatan Harapan (PH) akan menjadi PM selepas Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh dua tahun atau sebelumnya.

Takiyuddin dilaporkan mempersoalkan kedudukan dan hasrat Anwar itu semasa berceramah membantu calon PBS di Sandakan. Beliau dilaporkan berkata, apakah kita mahu banduan menjadi Perdana Menteri. Takiyuddin menjadikan Anwar sebagai isu politik di Sandakan.

Terkejut.

Rata-rata orang terkejut dan kesal dengan apa dibangkitkan oleh Takiyuddin itu kerana ia melibatkan undang-undang dan perlembagaan negara. Beliau seorang pengamal undang-undang senior yang boleh dianggap mahir dalam bidang perundangan dan perlembagaan negara tetapi boleh membuat kenyataan pandir begitu. Ini yang menjadi “badigo”nya.

Apabila beliau tergamak mengeluarkan persoalan itu ini memberi gambaran beliau tidak arif atau sengaja membelakangkan undang-undang dan hak seseorang rakyat menurut perlembagaan. Sikap sebegini adalah orang yang anti tesisnya sendiri.

Tidak munasabah kalau beliau tidak faham dan mempunyai tafsiran sendiri yang bercanggah dengan majoriti atau apa yang sudah jadi precedent. Apabila Anwar diberi pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong dan dibenarkan oleh SPR bertanding dalam Pirake Port Dickson, bermakna kelayakan Anwar dan kedudukanya tidak boleh dipertikaikan lagi. Sudah sahih.

Takiyuddin menunjukkan kecenderongan takut dan bimbang kepada Anwar ini semasa pilihan raya kecil Port Dickson lagi, apabila beliau sudah membangkitkan akan kesahihan SPR memberi laluan kepada Anwar untuk menyertai pilihan raya kerana baginya pengampunan Agong itu masih boleh dipertikaikan.

Ternyata pengetahuan dan fahaman Takiyuddin mengenai kedudukan dan status seseorang banduan dalam politik dan sistem negara itu naif sekali. Beliau juga mungkin buta sejarah dan tidak mengambil iktibar apa yang berlaku di seluruh dunia. Bukan sedikit banduan yang akhirnya keluar menjadi presiden atau perdana menteri.

Dunia ada serangkai nama-nama banduan yang muncul menjadi pemimpin negara dan dunia. Contoh klasik, Jawaharlal Nehru di India, Vaclav Havel menjadi presiden Czechoslvakia, Nelson Mendela di Afrika Selatan, Fidel Castro di Cuba, Michelle Bacholet di Chile.

Benazir Bhutto di Pakistan, Aung San Suu Kyi di Myanmar. Paling terdekat dan dramatik di Aceh Irwanday menjadi Gebnur Aceh selepas penjara dihuninya roboh di baham tsunami, beliau tercampak keluar terus menjadi Gebnur dan ramai lagi.

Takiyuddin perlu membaca banyak buku sejarah dan jangan hanya ralik dan asyik mengafal hadih-hadih daif, dan kurafat untuk digunakan pakai dalam ceramah Pam bagi mengelabui pendengar. Mungkin juga beliau perlu mengambil periksa ulangan untuk melayakkan dia menjadi peguam lebih berwibawa dan tidak mudah melacurkan pengetahuan.

Atau pun dia memahami semuanya itu tetapi sengaja buat pandir kerana mahu mengeliru orang ramai kerana dendam kesumat dan benci kepada Anwar Ibrahim. Apakah Takiyuddin sudah terminum air kencing Hadi Awang menyebabkan beliau bercakap tidak menggambarkan sebagai intelektual dalam bidang perundangan?

Apakah dosa besar dan dosa kecil Anwar secara peribadi kepadanya sehingga Takiyuddin bersifat personal menyerang Anwar?

Kedangkalan dan kecacatan saraf tunjang yang ditunjuk oleh Taiyuddin itu menyebab mugkin parti agama itu perlu memikirkan semula kedudukannya sebagai Setiausaha Agung kerana kejahilan melampau itu menyebabkan Pam boleh terjejas dan bagi mengelak menjadi parti ditadbir “ikut rasa”.

Malulah sebagai sebuah parti mengakui memperjuangkan agama, tetapi ahlinya tidak mencerminkan sikap dan saksiah keagamaan.

Janganlah Pam memiliki dua pemimpin utama yang tahap kecerdikan dan cara berpolitiknya boleh dipersolkan.

-http://msomelayu.blogspot.com

.