EHEM… EHEM… AZMIN…

Rasanya sudah agak lama kita tidak mendengar suara Azmin Ali membela Anwar Ibrahim.

Apa yang menjadi lumrah dalam hidup Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu setahun lalu hanyalah membela dan mempertahankan Tun Mahathir Mohamad saja.

Lebih-lebih sejak namanya turut dilambung-lambung sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 untuk bersaing kerusi yang sama dengan Anwar.

Sejak itu, kiblat hatinya seolah-olah lebih condong kepada Tun Mahathir berbanding Anwar.

Bahkan, sampai di depan Kaabah pun Azmin turut menghebahkan doanya buat Tun Mahathir melalui tweetnya.

Dalam membela Anwar daripada serangan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan yang melabelkan Presiden PKR itu sebagai bekas banduan, Azmin berkata, ia adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana Anwar sudah pun mendapat pengampunan diraja.

“Umum sedia maklum bahawa pertuduhan terhadap Anwar sejak 1998 itu merupakan pertuduhan politik yang akhirnya membawa kepada pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Kita mungkin mempunyai pandangan politik berbeza tetapi kita harus berpegang kepada fakta dan kenyataan bahawa kemelut ini telah diselesaikan dengan baik demi kepentingan negara,” kata Azmin lagi.

Nampaknya bukan saja Azmin menunjukkan perubahan sikap dengan membela Anwar, malah seperti “mengenakan” Tun Mahathir yang dianggap merencanakan pertuduhan politik pada 1998 selepas memecat bekas Timbalan Perdana Menteri itu daripada UMNO dan juga kerajaan.

Ehem….ehem…

Ada apa-apa ke ni?

-https://shahbudindotcom.net

.