TABIK UNTUK KIT SIANG

Ketika isu peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim terus menjadi tanda-tanya, sikap dan pendirian veteran DAP, Lim Kit Siang dalam perkara tersebut memang sesuatu yang harus dipuji.

Beliau dengan tegas mengumumkan akan bersara daripada politik jika Tun Mahathir tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebagaimana yang sudah dijanji dan dipersetujui.

“Jika, Mahathir tidak memberikan jawatannya kepada Anwar, sebaliknya membubarkan parlimen untuk mengadakan PRU15 lebih awal, saya akan bersara dari politik dan tidak akan bertanding pada PRU15,” tegas Kit Siang.

Wowww….hebat….

Inilah pemimpin yang ada prinsip dan benar-benar berpegang kepada janji serta tidak mahu menjadi munafik.

Tidak ragu-ragu, kita harus mengangkat tabik kepada Kit Siang atas sikap dan pendiriannya itu.

Bagaimana dengan pemimpin dan parti lain dalam PH?

Yang pasti, jika semua mereka ada ketegasan yang sama seperti yang ditunjukkan oleh Kit Siang, pasti Tun Mahathir tiada pilihan lain selain akur kepada janji yang sudah dipersetujuinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Bahkan, bukan saja tidak berani memungkiri janji, malah cuba-cuba menangguhkannya melebihi dua tahun pun tentu beliau juga tidak ada kekuatan untuk menyuarakannya.

Tabik dan tahniah sekali lagi kepada Kit Siang.

-https://shahbudindotcom.net

.