UKUR PRESTASI MB BARU JOHOR IKUT PIAWAIAN RAKYAT

TIDAK ada ucapan tahniah buat Dr Sahruddin Jamal yang mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Johor sebentar tadi.

Sebaliknya saya ucapkan selamat maju jaya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat jelata Johor.

Kalau beliau kekal dan berjaya menunaikan tanggungjawab kepada rakyat jelata dan memenuhi aspirasi mereka barulah beliau layak menerima ucapan tahniah.

Beliau tidak perlu diingatkan bahawa beliau mengambil alih daripada seorang Menteri Besar yang paling singkat tempoh perkhidmatannya.

Saya cadangkan beliau “berguru” dengan bekas Menteri Besar, Osman Sapian, tentang mengapa tempoh perkhidmatannya begitu singkat.

Beliau juga tidak perlu diingatkan tentang apakah aspirasi rakyat jelata yang memilih Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan di negeri kelahiran Umno pada 9 Mei lalu.

Cuma saya ingin segarkan ingatan beliau kepada hakikat bahawa majoriti rakyat Johor menolak Umno/Barisan Nasional walaupun Istana Johor secara terbuka memihak dalam pilihan raya umum itu.

Malah ia menggesa pengundi Johor jangan mengubah “jurumudi” dan mengecam individu lidah bercadang yang  jelas ditujukan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sultan Ibrahim Johor Terima Kunjungan Perdana Menteri

Keberanian, keikhlasan dan pengorbanan mereka menggerakkan kita melakukan perubahan.Kepada Ahli Majlis Kerja Kerajaan (Exco) dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Johor yang memberikan kita maklumat dan maklum balas, saya ucapkan terima kasih dan syabas.

Berkenaan Dr Sahruddin, ada yang memberi tahu saya bahawa beliau pendiam dan kurang bercakap dalam mesyuarat exco.

Sekarang beliau tidaklah boleh diam lagi atau mengikut apa orang lain kata. Beliau mesti berani dan tegas.

Saya harap anggota Exco, Adun dan pemimpin parti beri sokongan dan tunjuk ajar kepada beliau dan serentak itu memantau prestasi beliau.

Kita akan ukur dan beri penarafan kepada beliau mengikut piawaian rakyat kerana beliau dipilih dan dibagi amanah oleh rakyat.

Wallahuaklam.

-https://kadirjasin.blogspot.com/

.