MAT HASSAN DIBELIT ISU RM10 JUTA & BANGLO MEWAH RM6 JUTA

TAMPAKNYA calon BN untuk pilihan raya kecil (Pirake) Rantau Mohamad Hassan seakan makin tertekan dan terkepung dengan pelbagai isu mengenai dirinya yang dibangkitkan sebagai modal meraih undi di pilihan raya itu.

Lepas satu-satu isu berkaitan Mat Hassan yang memerlukan penjelasan tuntas daripadanya didedahkan dan terdedah menjelang hari mengundi beberapa hari lagi.

Belum habis isu lama yang mengenai perpindahan wang sebanyak RM10 juta ke London menerusi pengurup wang, Mat Hassan yang dimesrai dengan panggil Tok Mat, dihala pula dengan isu pemilikan rumah banglo bernilai RM6 juta.

Perkara ini dibangkitkan oleh calon PH Dr S Streram yang meminta Mat Hassan menjelaskan mengenai rumah berkenaan. Ia ekoran tersebarnya sekeping gambar sebuah banglo berciri reka bentuk Minangkabau dikaitakn dengan diri bekas MB itu?

Banglo mewah itu dikatakan terletak di Saujana Duta Seremban II.

Kewujudan banglo ini menimbulkan tanda tanya umum kerana sebelum ini Mat Hassan mengatakan dia tidak mempunyai rumah di Seremban. Menurutnya beliau tidak sempat membeli rumah semasa menjadi Menteri Besar.

Gara-gara kerana tidak ada rumah di Seremban itulaj, beliau terpaksa menumpang rumah anaknya apabila diminta keluar dari rumah rasmi MB yang diduduki setelah tidak lagi menjadi MB pada 9 Mei tahun lalu.

Mat Hassan semasa membuat kenyataan memberi tahu beliau terguris dengan apa yang berlaku, dipaksa keluar daripada kediaman MB itu secara tergesa-gesa sehinggakan tidak sempat melipat kain bajunya dan dicampak begitu sahaja dalam kotak. Cerita Mat Hassan itu sungguh mengharukan dan sekaligus memberi gambaran seolah-olah kerajaan PH berlaku kejam dan zalim terhadapnya.

Dalam menjelas perkara itu apabila ia dipertikaikan Mat Hassan memberi tahu beliau bukan tidak mampu untuk memiliki rumah tetapi terlupa untuk membelinya.

Bagaimana pun dengan tersebarnya gambar banglo itu ia menimbulkan persoalan apakah bekas MB itu berbohong atau pun cuba menyembunyikan hartnahnya itu?

Justeru calon PH Dr S Streram meminta Mat Hassan memberi penjelasan kedudukan rumah berkenaan secepat mungkin.

Sebelum ini dibangkitkan isu perpindahan wang RM10 juta ke London menerusi pengurup wang dan juga berkaitan pemilikan sebuah apartment di London. Ia dibangkitkan oleh Speaker Dun Negeri Sembilan Zulkifly Mohamad Omar. Serentak itu juga Zulkifly meminta agar fail siasatan berhubung aktiviti Mat Hassan itu dibuka semula.

Zulkifly juga persoal kenapa perpindahan itu menerusi pengurup wang bukan bank seperti lazimnya. Baginya ia satu tindakan ada motif tertentu.

Mat Hassan tidak menafikan perkara itu sebaliknya mengakui dia memalakukan pengubahan wang itu dan membeli apartment di London dan beliau menjelaskan apa dilakukan itu tidak merupakan satu kesalahan. Menrutunya SPRM telah menjalani siasatan terhadapnya. Bagaimana pun tidak ada penjelasan oleh SPRM dalam kes ini.

Pun begitu Zulkifly meminta ia dibuka semula. Ada keperluannya kerana ketika kejadian itu berlaku Mat Hassan MB dan kerajaan Malaysia ketika itu diperintah oleh BN. Ia perlu kerana lain padang lain belalang. Mungkin penyiasatan semasa kerajaan BN dahulu kurang cekap atau tidak menyeluruh.

Dua isu ini, perpindahan wang RM10 juta ke London dan mengenai banglo di Seremban II bernilai RM6 juta itu perlu dijelaskan secara jelujur dan terbuka oleh Mat Hassan. Beliau harus mengakui dengan jujur tanpa berselindung. Kegagalan Mat Hassan menjelaskan dua isu berbangkit ini meletakkan beliau dalam tertekan untuk berhadapan pengundi 13 April nanti.

Kedua-dua isu itu juga sedikit sebanyak menjejaskan integritinya sebagai seorang bekas MB yang dianggap baik dan bersih.

-http://msomelayu.blogspot.com

.