UPSET ON THE CARDS? SHOCK CROWDS AT PAKATAN RALLIES TURN MAT HASAN JITTERY – AS HIS CORRUPTION SCANDALS BITE: SOKONGAN KEPADA PAKATAN TERUS MENINGKAT

Menjelang hari-hari terakhir PRK Rantau sebelum pengundian pada Sabtu, 13 April ini, sokongan kepada calon PH, Dr. S Streram dilihat terus meningkat.

Dalam beberapa program ceramah di malam-malam terakhir ini, kehadiran dan sambutan yang ditunjukkan pengundi amat membanggakan sekali.

Semua kelompok pengundi – Melayu, Cina dan India jelas tidak ragu-ragu menunjukkan sokongan mereka kepada PH yang kini adalah sebuah kerajaan di peringkat negeri dan pusat.

Gambar-gambar di bawah ini membuktikan semua hakikat itu.

Dengan itu, jika momentum ini berterusan sehingga ke hari pengundian, harapan PH untuk mencipta sejarah menawan DUN Rantau adalah cerah sekali.

-https://shahbudindotcom.net/

.