PERTEMUAN RUTIN BULANAN ANWAR DENGAN TUN MAHATHIR

Pertemuan selama 40 minit dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri hari ini menyentuh beberapa perkara.

Antaranya adalah memaklumkan Tun tentang perkembangan terkini kempen Pakatan Harapan di Rantau.

Beliau juga mengulangi seruan agar para pengundi memberi sokongan dan dukungan kepada Dr S Streram.

Perdana Menteri juga menjelaskan beberapa keputusan penting kerajaan termasuk penarikan diri Malaysia dari meratifikasi Statut Rom.

Selain itu, saya turut diberitahu mengenai langkah menyelamatkan institusi Tabung Haji dan Felda yang memerlukan perhatian dan tindakan serius pihak kerajaan.

ANWAR IBRAHIM

 

.