APA TERJADI JIKA ‘EGG BOY’ ADA DI MALAYSIA?

Saya perhatikan ramai yang menyanjungi tindakan anak muda dari Australia ini, terutamanya dari kalangan orang Islam di negara ini.

Beliau dilihat bangun mempertahankan kumpulan minoriti dan menolak fahaman perkauman yang menyalahkan kumpulan minoriti atas segala masalah masyarakat.

Kalau budak ini duduk di Malaysia, dia akan dimaki hamun secara berjemaah oleh penyokong pembangkang PASUmno.

Tetapi kita jarang melihat cermin sendiri apabila kita memilih apa yang menyedapkan hati kita, walaupun itu jelas menunjukkan kita tidak berpegang kepada sebarang prinsip.

Di luar negara, budak berani yang bangun berhadapan dengan seorang pemuka perkauman – kepada penyokong pembangkang PASUmno, budak ini adalah wira.

Di dalam negara, sesiapa yang bangun berhadapan dengan fahaman perkauman yang mereka bawa – kepada penyokong pembangkang PASUmno, orang ini pengkhianat bangsa.

Rafizi Ramli

Naib Presiden PKR

https://shahbudindotcom.net

.