MP UMNO JANGAN SERTAI PH UNTUK MENGANGGU

TAHNIAH kepada Bersatu kerana menerima kemasukan enam wakil rakyat dan dua senator daripada Umno Sabah.

Mereka merupakan kumpulan pertama wakil rakyat dan bekas Umno Sabah yang meningalkan parti asal mereka untuk menyertai Bersatu.

Penyertaan mereka itu sudah tentu menyuntik semangat dan kekuatan kepada Bersatu khasnya dan Pakatan Harapan amnya.

Mereka yang tidak mempunyai apa-apa skeptikal dengan kemasukan itu seronok dan menganggap ia kejayaan buat PH dan kepercayaan kepada kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Mereka yang disahkan kemasukan ke dalam Bersatu, terdiri daripada Ahli Parlimen Kudat (Abdul Rahim Bakri), Beaufort (Azizah Mohd Dun), Libaran (Zakaria Edris) dan Beluran (Ronald Kiandee)

Manakala empat lagi ialah dua Adun dan dua bekas ketua Umno bahagian. Dua Adun, Hajiji Mohd Noor (Sulaman) Masidi Manjun (Karanaan) dan bekas Ketua Umno bahagian Pensiangan (Abdul Ghani Mohamed Yassin) dan bekas ketua Umno bahagian Penampang (John Ambrose).

Penerimaan mereka itu sebagai persediaan Bersatu akan dilancarkan penubuhannya secara rasmi di Sabah.

Awal sebelum ini enam orang ahli parlimen Umno juga telah bertindakn keluar meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu. Mereka Mustapa Mohamed, (Jeli) Mas Emiyati Samsuddin (Masjid Tanah),
Hamzah Zainuddin (Larut), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Dr Abdul Latif Ahmad (Mersing), Shabuddin Yahya (Tasik Gelugur), Mohammad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Ikmal Abdul Aziz (Tanah Merah).

Seperti dinyatakan tadi, tentu penyertaan mereka memberi kekuatan kepada PH. Dr Mahathir sendiri mengalu-alukan penyertaan mereka kerana ia boleh memberi keuatan kepada kerajaan pimpinannya. Pastinya juga penyertaan mereka ke dalam parti memerintah menguntungkan rakyat diwakil masing-masing.

Secara politiknya mereka juga dialu-alukan kerana ada dikalangan mereka boleh membantu kerajaan berdasarkan pengalaman. Tidak salah kalau ada di kalangan ahli parlimen itu dilantik menjadi anggota kabinet atau badan-badan spara kerajaan.

Perlu difahami juga kenapa mereka mudah diterima ialah untuk menguatkan kedudukan kerajaan PH di parlimen. Dr Mahathir dalam memberi ulasan dengan tindakan itu,  PH (sebenar dirinya) memerlukan lebih banyak kerusi di parlimen memudah dilakukan apa-apa yang membabitkan sokongan majoriti di parlimen.

Tetapi dalam masa sama, kemasukan itu dibimbangi oleh pihak lain kerana ia boleh menganggu agenda yang sudah diatur kesekian lama. Pihak ini melihat kemasukan mereka semacam ada agenda khas.

Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Naib Presiden Keadilan Nurul Izzah Anwar menunjukkan rasa tidak senang hati dengan penghijrahan ramai-ramai itu apabila melepaskan semua jawatan dalam kerajaan. Walaupun beliau tidak menyebut dengan jelas motif tindakannya itu namun tindakan “pelik” beliau melepas jawatan itu boleh difahami ia suatu protes kepada penghijrahan beramai-ramai.

Ringkasnya dengan penghijrahan itu diharap ia tidak akan menjadi masalah kepada kerajaan PH. Begitu juga memberi masalah kepada kerajaan Sabah yang kini dikuasai oleh parti Warisan pimpinanShafei Afdal.

Sekiranya mereka berhijrah untuk melaksanakan sesuatu yang tidak baik, maka wajar kemasukan mereka beramai-ramai itu dicurigai, bahkan ditentang. Dan mereka yang menyertai Bersatu (PH) dengan niat itu atau ada motif politik boleh disifatkan mereka sebagai pengkhianat kerajaan PH.

Kita berharap mereka tidak akan menjadi tali barut atau perkakas yang akan digunakan oleh pihak tertentu bagi menganggu apa-apa yang telah dirancang sebelum ini, khususnya konsensus untuk melepaskan jawatan PM daripada Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun.

Dalam perkembangan lain, masih ada sekumpulan lagi yang akan mengikut jejak langkah kumpulan pelompat yang pertama itu. Sejauh mana benar tidaknya belum dapat dipastikan? Tetapi jika diambil kira kenyataan awal sebelum ini seramai 39 orang ahli parlimen Umno akan melompat parti, ia ada asas untuk direnungi.

Perlu diingat dalam menerima penyertan merek itu perlu dilihat untuk keuntungan bersama bukan keuntungan setengah pihak sahaja. Tidak ada ertilah PH dibentuk sebelum ini yang berjuang untuk menumbangkan BN, tetapi akhirnya ia berkesudahan semangat BN dan stail politiknya tertegak  dalam kerajaan PH. Yang rakyat tuntut sekarang ialah reform.

-http://msomelayu.blogspot.com

.