DANA RM90 JUTA PAS: SAYA KATA MEMANG SAYA TAK TAHULAH, KATA NASIR

Bekas anggota parlimen PAS Kelantan, Mohamad Nasir Che Daud dipanggil memberi keterangannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kota Bharu, hari ini.

Bekas anggota parlimen Kuala Krai (1999-2004) itu tiba di bangunan ibu pejabat SPRM Kelantan kira-kira jam 9.50 pagi dan keluar daripada bangunan itu pada jam 11 pagi tadi.

“Ya dikatakan (isu RM90 juta), mereka tanya saya sama ada tahu atau tak tahu. Saya kata memang saya tak tahulah,” katanya ketika ditemui media selepas pertemuan dengan SPRM itu.

mkini

.