SARAWAK REPORT SAHKAN PAS BAYAR RM1.42 JUTA SELESAI KES

SARAWAK Report mengesahkan PAS membayar portal itu sebanyak RM1.42 juta caj perundangan untuk menyelesaikan saman fitnah Abdul Hadi Awang.

Portal itu berkata ia adalah sebahagian daripada perjanjian penyelesaian luar mahkamah dicapai pada 24 Januari lalu dan ia bersetuju dengan penarikan saman Hadi dengan syarat kedua-dua pihak merahsiakan bayaran itu.

“Sarawak Report hanya bersetuju kepada arahan mahkamah UK untuk mengugurkan kes Hadi dengan syarat kosnya dibayar. Dalam situasi itu, bayaran penyelesaian dibuat kepada peguam Sarawak Report di Malaysia, yang akan memberikannya kepada Sarawak Report apabila arahan mahkamah berkaitan penarikan saman Hadi disahkan,” kata portal.

Bagaimanapun, pemimpin PAS berulang kali melanggar kerahsiaan tanggungjawab itu, kata portal.

Sehari selepas mengeluarkan kenyataan itu, Takiyuddin berkata PAS mempunyai dokumen untuk menyokong dakwaannya, dan “akan mendedahkan semuanya” pada sidang media tidak lama lagi.

“Ini bermakna Takiyuddin, yang merupakan jurucakap utama parti dan salah seorang wakil Hadi dalam litigasi, secara khusus merujuk kepada terma kerahsiaan dalam pelanggaran perjanjian penyelesaian itu, tetapi dalam cara yang menyimpang untuk menggambarkan beliau boleh buktikan Sarawak Report tidak dibayar, sedangkan hakikatnya, Sarawak Report menerima lebih RM1.4 juta untuk yuran perundangan,” kata portal itu.

A letter to Maybank showing that under money laundering rules, Sarawak Report must explain the export of the equivalent of £260,000 (RM1.42 million) from Malaysia back to London. The portal says the amount was paid by PAS to settle Sarawak Report's legal fees. – Sarawak Report pic, March 1, 2019.
A letter to Maybank showing that under money laundering rules, Sarawak Report must explain the export of the equivalent of £260,000 (RM1.42 million) from Malaysia back to London. The portal says the amount was paid by PAS to settle Sarawak Report’s legal fees. – Sarawak Report pic, March 1, 2019.

Menurut portal itu, disebabkan tindakan Takiyuddin itu, Sarawak Report menganggap dirinya “terbebas daripada kerahsiaan” dan boleh mendedahkan kebenaran kepada rakyat Malaysia, kerana “tidak ada dokumen Sarawak Report tidak dibayar” sebaliknya wujud dokumen menunjukkan bayaran dibuat bagi membolehkan Hadi menarik balik saman tersebut.

“Kami percaya wujud sebab politik, yang Takiyuddin sekarang akan cuba melengahkan sidang media untuk menunjukkan ‘bukti’ selepas pilihan raya kecil, dalam usaha memperdaya pengundi dan rakyat yang beliau boleh mengeluarkan bukti berkenaan, sedangkan beliau tidak boleh,” kata portal itu merujuk kepada PRK Semenyih yang kini giat berjalan.

Portal itu turut mendedahkan sepucuk surat kepada Maybank, menunjukkan ia perlu mematuhi akta pengubahan wang haram dengan menjelaskan penghantaran wang sebanyak RM1.42 juta dari Malaysia ke London.

Ia menambah yang Hadi dan orang kanannya bersedia membayar jumlah tersebut bagi mengelak disoal balas dalam saman fitnah difailkan mereka di mahkamah UK berkaitan sebuah artikel mendakwa parti Islam itu menerima wang RM90 juta daripada Umno. Wang tersebut dipercayai berasal daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Jika mereka terus bercanggah antara satu sama lain di mahkamah UK, akan ada yang melakukan menghina mahkamah kerana berbohong dalam saman di London.

Penyelesaian luar mahkamah tidak memerlukan Sarawak Report berdiam diri berkaitan dakwaan ada bayaran dibuat PAS, kata portal itu, menambah yang ia bersetuju untuk menarik balik saman terhadap Hadi bagi menamatkan semua kes perundangan antara mereka.

Sarawak Report memfailkan saman pencanggah kerana gangguan dilakukan penulis blog pro Umno, termasuklah Raja Petra Kamarudin, yang disenaraikan sebagai salah seorang saksi Hadi dan abang kepada Raja Idris Kamarudin yang bertindak sebagai ejen pemimpin PAS dalam prosiding itu.

Portal itu sebelum ini membuat bantahan yang maklumat kerahsiaan itu didedahkan kepada Raja Petra, yang “memutar belit dan menyalah guna” maklumat tersebut untuk menyerang Sarawak Report.

Disebabkan itu, PAS melanggar terma perjanjian kerahsiaan dan Sarawak Report bersedia mendedahkan semuanya.

“Lagi pun, Hadi selesaikan kes yang boleh memperbodohkannya dan partinya, dan perlu berterima kasih kerana ini (mendedahkan semuanya yang berlaku).”

the malaysian insight

.