PKR NAFI AUDIO INDIVIDU KECEWA DENGAN DR M, AZMIN ADALAH SUARA ANWAR

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan rakaman video panggilan telefon yang tersebar di media sosial adalah suara milik presiden parti itu, Anwar Ibrahim yang kononnya kecewa dengan timbalannya, Mohamed Azmin Ali dan tahu tentang perancangan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Dalam rakaman video yang dimuat naik di dalam akaun Twitter mahazalimreturn jam 11.33 malam semalam, Anwar kononnya mengarahkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli melakukan sesuatu berhubung tindakan dua pemimpin berkenaan.

“Ini bukan suara Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Nahu dan cara sebutan terutama beberapa perkataan terlalu berbeza dan ucapan terlalu gopoh,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Malaysia hari ini.

Dalam video berdurasi satu minit itu, selain nama Rafizi, Anwar juga dikatakan bercakap dengan Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Afdal dan Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin.

Berikut antara petikan intipati perbualan itu.

Embedded video

mahazalimreturn@mahazalimreturn

DENGAR SEGERA Confirm @anwaribrahim tahu kesialan @chedetofficial Mahathir dan pengkhianatan @AzminAli Masa utk bertindak – berambus ko Azmin -pegilah join Bersatu @PPBMofficial – DSAI dan reformis segera bertindak

87 people are talking about this
 “Shafie bagi tahu kita, apa yang mahathir lakukan di Sabah, bagi advantage kepada kita. Shafie confirm solid dengan kita.

“Baru ini saya bercakap dengan Muhyiddin (dipercayai Muhyidin Yassin) juga, saya beritahu beliau ini buat cara tak betul, Mahathir buat cara tak betul, kita kena susun rangkaian kita.

Hubungan Anwar-Mahathir menjadi tumpuan susulan pendedahan PAS bahawa terdapat dua parti dalam Pakatan Harapan yang mungkin merancang pembelotan terhadap perdana menteri.

Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin Hassan, ketika menjawab kontroversi pertemuan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan Dr Mahathir berkata, parti itu akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Dr Mahathir jika berlaku pengkhianatan dalam pentadbiran kerajaan PH.

mkini

.