SPRM BEKU AKAUN, RAMPAS WANG TUNAI, RUMAH KEDAI KES WANG RM90 JUTA PAS

PENYIASAT bertindak membekukan beberapa akaun bank dan merampas kenderaan mewah, wang tunai serta sebuah rumah kedai dalam siasatan ke atas dana RM90 juta didakwa disalurkan kepada PAS melalui Umno.

Antara kenderaan yang dirampas adalah jenis Toyota Vellfire, Range Rover dan Mini Cooper, kata sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rumah kedai yang dirampas dianggar bernilai RM2 juta dan akaun dibekukan dilapor mengandungi kira-kira RM2.3 juta.

Sumber bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah wang tunai yamg dirampas.

Setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan yang disiasat SPRM hari ini juga memberitahu, beliau antara lain disiasat mengenai pemilikan kereta dan motosikal mewah serta nombor pendaftaran kenderaan eksklusif.

THE MALAYSIAN INSIGHT

.