LAPORAN PERUBATAN: ADIB MENINGGAL SEBAB ‘KEGAGALAN TERUK PARU-PARU’

Laporan perubatan allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menyatakan anggota bomba itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam tanggal 17 Disember 2018 berpunca daripada kegagalan paru-paru yang teruk.

Ketua dan Pengarah Operasi, Institut Jantung Negara (IJN) Dr Mohamed Ezani Md Taib, saksi ke-14 dalam inkues menentukan punca kematian Muhammad Adib berkata perkara ini disebut dalam laporan perubatan yang disediakan sekumpulan pakar yang merawat beliau dari 28 November ke 17 Disember.

“Punca kematian secara klinikal sindrom kesukaran pernafasan orang dewasa atau dengan kata lain kegagalan paru-paru yang teruk,” katanya menjawab soalan pegawai inkues Timbalan Pendakwaraya Fatin Hadni Khairuddin.

Menjawab soalan punca yang menyebabkan kecederaan paru-paru anggota bomba itu, Mohamed Ezani berkata pesakit mengalami trauma tumpul di dadanya

“Apa objek keras itu? Ia spekulatif,” katanya.

mkini

.