SPRM BELUM CUKUP MAKLUMAT, KES PAS TERIMA RM90 JUTA AMBIL MASA, KATA PM

KLANG— Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil masa untuk menyiasat dakwaan PAS menerima wang berjumlah RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata suruhanjaya itu mungkin belum mendapat maklumat sepenuhnya berhubung kes itu.

“Kenyataan SPRM bahawa tiada sebarang wang RM90 juta daripada 1MDB yang dikesan dimasukkan ke dalam akaun rasmi PAS setakat ini, ia mungkin kerana SPRM belum dapat maklumat sepenuhnya ia (siasatan) mengambil masa.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kilang Metrod Holdings Bhd di sini hari ini, yang turut dihadiri pengasasnya, Apurv Bagri dan pengerusi Metrod Holdings Datuk Abu Hassan Kendut.

— Bernama

.