SEBELUM FUZI & PENGARAH CID BERSARA, WAKIL RAKYAT MAHUKAN KEADILAN

AHLI Parlimen Kepong daripada DAP, Lim Lip Eng hari ini menuntut penjelasan dan siasatan dilakukan ke atas kejadian rompakan kereta mewah dan kes pengubahan wang haram di Australia melibatkan ketua polis negara (KPN) dan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), kedua-duanya dijangka akan bersara.

“Saya masih ada beberapa perkara tak selesai dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang perlu diselesaikan sebelum Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Wan Ahmad Najmuddin bersara pada Mac dan Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun bersara pada Mei,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Tahun lepas, pihak berkuasa Australia merampas AS$320,000 (RM970,000) daripada akaun bank Wan Ahmad di Sydney kerana disyaki berlaku pengubahan wang haram selepas pihak berkuasa mengesan siri deposit wang ke dalam akaun itu. Siasatan dalaman polis, bagaimanapun, membersihkan Wan Ahmad daripada sebarang salah laku, beliau masih belum menuntut kembali wang tersebut.

Lim, yang juga ahli Jawatankuasa Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri Parlimen berkata, sangat meragukan yang pegawai tertinggi polis itu tidak mahukan wang sebanyak itu.

Pemandu itu kemudiannya didakwa kerana membuat laporan palsu, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan pada Februari 2018, kerana tiada seorangpun saksi pendakwa, termasuk polis dan pengadu hadir ke mahkamah.

“Saya adalah peguam mangsa dan saya sudah membuat pelbagai laporan terhadap Balai Polis Serdang kerana pertuduhan jenayah salah. Sehingga sekarang, tiada siapa didakwa dan pemilik Lamborghini itu tidak dapat menjual kereta tersebut, kerana secara teknikalnya, perkara itu masih belum selesai,” kata wakil rakyat DAP itu.

“Sekarang, saya minta peguam negara, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Bank Negara, PDRM dan Mohamad Fuzi, sebelum beliau bersara, untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia Baharu bawah kerajaan Pakatan Harapan, di manakah keadilan untuk tiga kes ini.”

the malaysian insight

.