RCI SIASAT HAKIM BAKAL TUBUH, MAHKAMAH ARAH ANAK KARPAL NILAI KESAN PETISYEN

PEGUAM Sangeet Kaur Deo diarahkan untuk memutuskan sama ada saman pemulanya bakal dianggap bersifat akademik (tiada lagi merit kesan) disebabkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan salah laku badan kehakiman didedahkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Firuz Jaffril menetapkan 13 Mac untuk mahkamah dimaklumkan tentang perkara itu dan pengurusan kes.

Sangeet berkata pasukan peguamnya sedang mempertimbangkan kedudukan mereka berkaitan dengan penubuhan RCI.

“Secara peribadinya saya merasakan ia tidak akan beri kesan kepada kes, tetapi saya mahu teliti perkara ini,” kata Sangeet kepada wartawan.

the malaysian insight

.