MAHATHIR: SAYA NAK TENGOK PAS SOKONG SAYA ATAU TIDAK

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ sama ada PAS akan mengotakan janji untuk menyokongnya sekiranya usul undi tidak percaya dikenakan terhadapnya.

“Saya tunggulah. Kalau ada undi tak percaya, nak tengok sama ada PAS sokong saya ataupun tidak,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai janji parti itu untuk menyokong kepimpinannya.

Beliau berkata demikian selepas melawat ibu pejabat Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 16 Februari lalu, Mahathir mendakwa bahawa Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi perakuan untuk tidak menyokong Umno pada pilihan raya kecil Semenyih semasa pertemuan antara kedua-dua mereka, sehari sebelum itu.

Mahathir juga mendakwa mempunyai dokumen yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Walau bagaimanapun semasa hari penamaan calon Sabtu lalu, calon BN Zakaria Hanafi diiringi oleh beberapa wakil PAS.

Beliau mendakwa dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) mungkin merancang untuk menyingkirkan Mahathir melalui undi tidak percaya di parlimen.

Namun beberapa pemimpin parti komponen PH termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohammed Sabu telah tampil menafikan kewujudan plot sedemikian.

mkini

.