MAJLIS PRESIDEN PAKATAN TETAP SOKONG PM, KATA SAIFUDDIN

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) meletakkan sepenuh keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kata Ketua Setiausahanya Saifuddin Abdullah.

Beliau menyatakan pendirian itu sekali gus menyangkal sebarang dakwaan kononnya wujud komplot dalam parti komponen PH untuk membentangkan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Dr Mahathir.

“Sepanjang pengetahuan saya tak ada timbul isu berkenaan. Majlis Presiden PH bersatu dan mantap… kami juga tidak pernah persoal kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

“Saya rasa itu (dakwaan) hanya khabar angin atau spekulasi politik sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur, kampus Ampang Hilir di Kuala Lumpur, hari ini.

Ditanya lanjut mengenai dakwaan tersebut juga mempunyai kaitan dengan pertemuanDr Mahathir dengan Presiden PASAbdul Hadi Awang, Saifuddin berkata politik adalah sesuatu yang dinamik.

Beliau yang juga menteri luar berkata Dr Mahathir seorang figura politik yang sangat berpengalaman dan dalam PH sendiri, tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa.

– Bernama

.