ZAHID BERDEPAN 1 LAGI PERTUDUHAN PECAH AMANAH

KUALA LUMPUR: Bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berdepan satu lagi pertuduhan pecah amanah berjumlah RM260,000 yang dikatakan dana milik Yayasan Akal Budi, 3 tahun lalu.

Zahid yang berbaju batik hitam, berdepan pertuduhan itu di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi.

Dengan dakwaan terbaru ini, beliau kini berdepan 47 pertuduhan berkaitan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

-free malaysia today

.