BERSATU MULA JADI SEPERTI UMNO 2.0, KATA AMBIGA

BERSATU mula menjadi seperti Umno 2.0 kerana hanya berdiam diri berhubung kontroversi yang menyelubungi pemimpinnya, kata peguam terkenal Ambiga Sreenevasan.

“Apabila berkait dengan Bersatu, pada saya, ia semakin sama dengan Umno 2.0 kerana kamu ada naib presiden yang mengatakan beliau percaya kontrak kerajaan perlu disimpan dalam parti sahaja,” katanya pada Festival Demokrasi Forsea 2019 di ibu negara hari ini.

Ambiga merujuk kepada ucapan penutup naib presiden Bersatu Abdul Rashid Abdul Rahman pada perhimpunan agung tahunan parti itu Disember lalu, yang katanya amat membimbangan kerana Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak menyelesaikan isu itu secepat mungkin.

“Beliau (Dr Mahathir) tidak menolaknya dengan serta merta. Pada saya itu adalah masalah kerana beliau menggalakkan rasuah.

“Sebaliknya, kami mendapati ia adalah karut berhubung mengapa Bersatu tidak mengambil tindakan terhadapnya,” katanya.

Ambiga juga membangkitkan perkara lain mengenai Bersatu, seperti kelayakan akademik setiausaha agungnya Marzuki Yahya yang diragui.

Beliau berkata isu itu sepatutnya ditangani oleh perdana menteri dengan segera sebagai perkara prinsip.

“Sesetengah orang mengatakan tidak mengapa untuk berbohong tentang kelayakan anda kerana ia adalah perkara kecil, tetapi sekali lagi, tiada tindakan diambil.

“Terdapat begitu banyak contoh seperti itu dan ia berlaku dalam Bersatu,” katanya.

Ambiga berkata Bersatu perlu mentadbir dirinya sendiri selaras dengan prinsip-prinsip demokratik untuk menunjukkan ia konsisten dengan dasar Pakatan Harapan.

Abdul Rashid telah meminta kepimpinan parti menggunakan kuasa kerajaan mereka untuk membantu pemimpin akar umbi mendapatkan kontrak.

Komennya telah dikritik dengan pelbagai pihak, termasuk oleh sayap Pemuda Bersatu.

Marzuki juga mendapat perhatian apabila dia ” ijazah Cambridge” ternyata berasal dari sebuah institusi di AS yang disyaki sebagai kilang ijazah palsu.

– https://www.themalaysianinsight.com

.