‘NAK AISKRIM, BISKUT, SEMUA ADA, TAPI AZMIN TAK MUNCUL-MUNCUL’

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata beliau menunggu kemunculan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Semenyih malam semalam.

“Saya tunggu dia datang Tesco Semenyih semalam.

“Nak aiskrim, nak biskut, semua ada. Tapi dia tak muncul-muncul,” katanya.

Embedded video

Mohd Najib Tun Razak

@NajibRazak

Saya tunggu dia datang Tesco Semenyih semalam.

Nak aiskrim, nak biskut, semua ada.

Tapi dia tak muncul-muncul.

434 people are talking about this

Najib turut menyiarkan video KiniTV yang memaparkan Azmin sebagai memberitahu hadirin bahawa beliau sedang menunggu untuk melihat apakah Najib akan datang ke Semenyih.

Bercakap pada majlis pelancaran Bilik Gerakan Wanita Pakatan Harapan di Semenyih pada malam Isnin lalu, Azmin berkata pengundi Melayu di kawasan pilihan raya kecil itu tidak akan terpengaruh dengan kempen “bossku” Najib berbanding dengan mereka di Cameron Highlands.

Menteri hal ehwal ekonomi itu juga menggambarkan Najib sebagai “pencuriku” dan mencabar bekas perdana menteri itu untuk berkempen pada pilihan raya kecil Semenyih yang dijadualkan pada 2 Mac ini.

“Baru sekarang menunggang motosikal, makan roti canai, pakai sarong, walaupun salah dan menaiki teksi. Walaupun ini boleh berjaya di Cameron Highlands, saya ingin melihat dia cuba di Semenyih.

“Melayu di Semenyih tidak sama seperti di Cameron Highlands. Mereka bukan ‘Melayu’ pekan. Sebab itu saya mahu lihat jika ‘bossku’ datang sini atau tidak,” kata Azmin yang mengatakan akan mendedahkan Najib sebagai pencuri pada PRK berkenaan.

Najib semasa program Jom Santai Bersama Bossku di sebuah pasar raya di Semenyih, semalam berkata beliau adalah “pencuri hati rakyat”.

Kerusi DUN Semenyih kosong selepas kematian penyandangnya dari Bersatu, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Jan lalu.

Penamaan calon ditetapkan Sabtu ini, manakala hari mengundi awal pada 26 Feb dan pengundian pada 2 Mac.

– M’kini

.