TUN NAK TUKAR KE MANA?

“Kadang-kadang kita kena tukar pendirian mengikut apa yang berlaku di sekeliling kita.

“Saya dulu parti UMNO, saya join dengan parti DAP, Keadilan (PKR) dan Amanah tapi kalau DAP, Keadilan (PKR) dan Amanah membelot dan tidak lagi setia kepada negara, saya akan tukar kepada parti lain.”

Petikan di atas adalah sebahagian daripada kata-kata yang dilafazkan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam sidang media di Putrajaya, Selasa lalu ketika menerima kemasukan enam Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu.

Apakah mesej yang Pengerusi PH itu mahu sampaikan?

Adakah ini bermakna Bersatu tidak lagi mempunyai yang baik dengan DAP, PKR dan Amanah?

Kalau berpisah dan tanpa sokongan tiga parti itu, bagaimanakah Tun Mahathir mahu mengekalkan jawatan Perdana Menterinya?

Adakah ini menandakan Tun Mahathir bakal berundur dan tidak lagi akan bersama PH sebaik saja Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri?

Tetapi, kalau Tun Mahathir mahu bertukar haluan, kepada parti manakah beliau akan pergi?

Adakah mungkin beliau akan kembali semula ke pangkuan UMNO?

Hehehehe….

Bagaimana dengan Pas?

Masihkah Pas mahu terus bekerjasama dengan UMNO jika ada Tun Mahathir di dalam parti tersebut?

– http://shahbudindotcom.blogspot.com

.