UMNO PERLUKAN PAS, PENGUNDI ATAS PAGAR MELAYU UNTUK TAWAN SEMENYIH

JIKA Umno mahu mengalahkan Bersatu pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih, ia terpaksa bergantung pada PAS, parti yang pernah digelarnya sebagai “parti kampung”, kata pemerhati politik.

“Ini kerusi tradisi Umno yang sudah 11 kali dimenanginya daripada 12 pilihan raya umum,” kata Pengurus Besar (Penyelidikan), Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Ariffin Mohd Munir.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) mampu menewaskan Umno pada pilihan raya umum tahun lepas hanya disebabkan sentimen anti-Barisan Nasional (BN) yang begitu kuat.

“Walaupun PH menang dengan 8,964 undi, ia hanya meraih 50.76% undi popular di Semenyih. Jadi, BN ada peluang di sini, walaupun tipis, tetapi lebih baik jika dibandingkan dengan PRK Sungai Kandis  ,” tambah beliau.

Sungai Kandis adalah PRK pertama diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Zawawi Ahmad Mughni mengalahkan calon Umno, Lokman Noor Adam dengan 5,842 walaupun peratus keluar mengundi hanya 49.4%.

Pada PRU14, calon Bersatu, Bakhtiar Mohd Nor (23,428) mengalahkan penyandang daripada BN, Johan Abd Aziz (14,464); calon PAS, Mad Shahmiour Mat Kosim (6,966) dan calon PSM, Arutchelvan (1,293).

PRK di DUN Semenyih diadakan susulan kematian Bakhtiar akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Faktor PAS

Kerjasama PAS dengan Umno, BN merupakan peluang yang baik untuk mengembalikan kerusi itu, kata Khairul.

“Tetapi untuk berbuat demikian, ia perlu memastikan ia mampu menguasai bahagian undinya dan menukar undi PAS kepadanya.”

IDE, yang dimulakan oleh bekas ketua penyelidik UMCedel Prof Dr Redzuan Othman dan menjejaki sentimen pengundi di Selangor, berkata Semenyih akan menjadi satu lagi medan ujian bagi kerjasama PAS-Umno.

“Kurang daripada 40% undi PAS pergi ke Umno di Sungai Kandis, dan di Jelai (di Cameron Highlands) hanya sekitar 50% walaupun ia negeri pantai timur. Ia menjadi sesuatu yang menarik untuk menyaksikan menarik sama ada PAS boleh meyakinkan akar umbi untuk mengundi bekas musuh mereka,” katanya.

Menurut IDE, BN mempunyai kira-kira 10,000 pengundi tegar di Semenyih manakala PAS kira-kira 4,000.

Khairul berkata sokongan PAS berubah mengikut keadaan dan separuh daripada mereka yang ditinjau di Selangor tidak menyokong kerjasama Umno-PAS.

Butiran mengenai tinjauan itu akan dikeluarkan pada Khamis.

Dr Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berpendapat BN perlu mendapatkan semua undi PAS untuk berpeluang menang di Semenyih.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki (tengah) semasa perlawanan bola sepak persahabatan dengan Pemuda PAS di Semenyih pada Ahad lalu. Ia adalah permulaan bagi kerjasama kedua-dua parti pada PRK Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 12 Februari, 2019.
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki (tengah) semasa perlawanan bola sepak persahabatan dengan Pemuda PAS di Semenyih pada Ahad lalu. Ia adalah permulaan bagi kerjasama kedua-dua parti pada PRK Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 12 Februari, 2019.

“Namun, BN masih kekurangan 1,998 undi untuk mengalahkan PH. BN dan PAS perlu bekerja keras untuk mendapatkan pengundi atas pagar Melayu untuk menyokong mereka.”

Kamarul berkata, bahaya bagi PH jika PSM dan bekas komponen BN Gerakan bertanding di Semenyih.

“Beberapa pengundi PH mungkin mahu menggunakan PRK ini untuk memprotes apa yang mereka anggap sebagai janji manifesto yang tidak dipenuhi,” kata pensyarah sains politik itu.

Kempen Melayu-Islam

Bermula dengan kejayaannya di Cameron Highlands, Umno mungkin akan menggunakan retorik perkauman dan agama sekali lagi di Semenyih yang dihuni majoriti 70% orang Melayu, kata Kamarul.

“Apa yang membuat Semenyih berbeza adalah kemunculan dua isu lain terhadap BN dan PAS.

“Yang pertama, perbicaraan rasuah bekas presiden Umno, Najib Razak dan kedua adalah libas balik terhadap PAS yang harus dihadapi selepas presidennya Abdul Hadi Awang menarik balik saman fitnah terhadap Sarawak Report.

“Kedua-duanya adalah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan akan menyerlahkan isu rasuah kerajaan sebelum ini,” kata Kamarul.

Penduduk kampung Sungai Jai dan veteran tentera Zainuddin Mohd mengatakan isu perkauman dan agama tidak akan berjaya di Semenyih.

“Kami tidak sama dengan pengundi di Jelai,” kata Zainuddin yang pernah berkhidmat dengan Rejimen Melayu ke-9 yang berpangkalan di Kem Slim di Cameron Highlands.

“Pada pilihan raya lepas, kami mengundi BN kerana rasuah dan ia tetap sama kali ini,” katanya dengan yakin.

“Jika bukan kerana PRU14, kita tidak akan tahu beliau mempunyai begitu banyak wang tunai,” kata lelaki berusia 63 tahun itu yang merujuk kepada Najib.

Kurang dua minggu selepas pilihan raya umum lalu, polis berjaya menemui RM114 juta dari sebuah kondominium milik anak lelaki Najib, Ashman, dan anak perempuannya, Nooryana.

Sambil mengakui Zainuddin kekurangan PH, veteran itu berkata kerajaan baharu perlu diberi lebih banyak masa untuk mengubah keadaan.

Berita penuh di sini.

– https://www.themalaysianinsight.com/

.