MELAMPAU GELAR MENTERI, ADUN DAP ‘MUSUH ISLAM’, KATA EXCO KEDAH

EXCO Hal Ehwal Agama Kedah Ismail Salleh menangkis tuduhan melampau ke atas menteri hal ehwal agama serta pemimpin DAP yang dilantik memimpin Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Ismail berkata tuduhan yang menggelar menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa dan Exco kerajaan Johor, Sheikh Omar Ali sebagai musuh Islam itu adalah sangkaan buruk yang melampau.

Beliau juga kesal kerana kritikan itu timbul kerana Adun Paloh itu merupakan pemimpin Melayu dalam DAP.

“Warga maya dikalutkan seolah-olah urusan dakwah telah diserahkan kepada pihak (DAP), ini hanya kerana YB Sheikh salah seorang daripada anggota Melayu DAP,” kata Mujahid.

Antara pihak yang bertanggungjawab menimbulkan prasangka buruk ke atas Sheikh Omar dan juga ke atas beliau itu adalah pemimpin PAS seperti Setiausaha Agung parti itu, Takiyuddin Hassan.

Selain itu, kalangan pimpinan parti politik dan golongan agamawan juga bertanggungjawab menggelar Sheikh dan menteri tersebut sebagai “musuh Islam” dan “musuh Allah”.

Jelasnya, gelaran itu sangat serius kerana lebih buruk daripada anggapan ke atas golongan munafik.

“Hatta terhadap golongan munafikin – yang bertindak dengan dua wajah – pun tidak diisytiharkan sebagai musuh,” kata exco tersebut lagi dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu disiarkan oleh Mujahid di Facebook.

Semalam, Mujahid mengesahkan pelantikan 12 individu dan menegaskan mereka berkelayakan dan berkemampuan.

Bagaimanapun pelantikan tersebut mendapat kecaman, termasuk daripada Takiyuddin yang bimbang ia akan membuatkan Yadim menjadi alat kepentingan DAP.

“Adapun hatta terhadap golongan munafikin – yang bertindak dengan dua wajah – pun tidak diisytiharkan sebagai musuh,” katanya.

Sementara itu, NGO Gerakan Pembela Ummah mencadangkan Yadim diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja Melayu untuk mengelakkan badan itu dipolitikkan.

Laporan Sinar Harian menyebut, pengerusi NGO tersebut Aminuddin Yahaya berkata demikian kerana berpandangan Yadim kini dikuasai pemimpin politik.

“Apa yang berlaku dalam Yadim hari ini tidak menggambarkan apa yang kerajaan nyatakan berkaitan dengan soal integriti sebelum ini supaya tidak ada orang politik dalam badan dan syarikat utama berkaitan kerajaan.

“Apa yang pasti kini ia telah dikuasai orang politik dan agenda politik menjadi keutamaan berbanding tujual asal penubuhannya,” katanya seperti dipetik dalam laporan portal Sinar Harian.

– https://www.themalaysianinsight.com

.