RAZAK BAGINDA MAHU ANAK DENGAN ALTANTUYA, KATA SEPUPU

BEKAS penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang mempunyai seorang anak perempuan berhasrat mempunyai seorang anak lelaki bersama Altantuya Shaariibuu kerana isterinya sudah berusia untuk melahirkan anak, Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu hari ini.

Namiraa Gerelmaa berkata, ketika dalam sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur pada 2006, sepupunya, Altantuya memberitahu yang Abdul Razak adalah kekasihnya.

“Dia beritahu saya, mereka bertemu di Hong Kong dan bermalam bersama. Saya juga diberitahu yang (Abdul) Razak kenalkan Altantuya kepada peguamnya dan perkenalkannya sebagai isteri Mongolianya,” kata Namiraa, sambil menambah Altantuya mendakwa Abdul Razak mahu memberi sebahagian daaripada harta dan asetnya kepada mendiang.

“Hingga pada satu tahap, hubungan mereka seperti suami dan isteri. Razak mahukan anak dari dia. Dia beritahu saya yang Razak mahukan anak kerana anak perempuannya sudah dewasa dan isterinya sudah tua. Saya boleh katakan yang mendiang sangat rapat dengannya.”

– https://www.themalaysianinsight.com

.