IBU BEKAS CALON PAS CAMERON MENANGIS PANGKAH DACING

Ibu bekas bekas calon PAS Cameron Highlands dalam pilihan raya umum lalu antara anggota parti itu yang menangis ketika mengundi BN dalam pilihan raya kecil parlimen itu Sabtu lalu.

Perkara itu didedahkan anaknya Wan Mahadir Wan Mahmud, 47, yang juga dikenali sebagai Cikgu Bulan.

“Pagi semalam (kelmarin) masa nak keluar dari rumah, ramai yang menangis. Macam mana aku (merdeka) dah 60 tahun tak pernah pangkah Umno akhirnya hari semalam mengundi dacing.

“Jadi memang sedih tapi disebabkan iman, walak pada pucuk pimpinan kami akur. Laksanakan dan terjemahkan melalui kertas undi. Syukur semuanya berjalan baik dan lancar.

“Memang tak dapat nak terjemahkan macam mana perasaan sedih itu tapi ia satu situasi luar biasa dan akhirnya ia telah berlaku,” beliau dipetik sebagai berkata ketika ditemui Sinar Harian.

Bagaimanapun, Wan Mahadir berkata ibunya tetap berlapang dada dan terbuka untuk melakukan perubahan tersebut.

Beliau yang juga anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pahang turut memberitahu, pada peringkat awal, penerimaan anggota PAS terhadap kerjasama dengan Umno sangat keras.

“Namun apabila blok itu dapat dipecahkan, ia dapat diterjemahkan dengan kerjasama baik kedua-dua jentera parti ini,” jelasnya.

– M’kini

.