BINTANG HIP HOP TERKAIT JHO LOW CABAR SAMAN DOJ

PRAKAZREL “Pras” Michel, bekas ahli kumpulan Fugees yang terkait dengan skandal kewangan rentas negara 1MDB sudah memfailkan permohonan supaya Jabatan Kehakiman AS mengugurkan saman sivil rampasan terhadapnya, lapor AP.

Bintang hip hop era 90-an itu didakwa membantu ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho menyalurkan wang untuk kempen melobi untuk menekan pegawai AS mengugurkan siasatan berkaitan 1MDB.

Peguam Michel, Barry Pollack, semalam memohon permohonan DoJ untuk merampas wang dalam akaun bank anak guamnya dibatalkan, wang tersebut dakwa DoJ dalam kertas permohonan adalah hasil keuntungan penipuan.

Pollack meminta perbicaraan diadakan untuk mendengar hujahnya yang DoJ gagal memberikan bukti mencukupi wujudnya penipuan bank, konspirasi dan kenyataan salah, atau wang dalam akaun yang mahu dirampas kerajaan adalah hasil penipuan.

– https://www.themalaysianinsight.com

.