KALAH DI CAMERON HIGHLANDS, ANWAR SERU PAKATAN PEKA KEGELISAHAN RAKYAT

PKR menganggap kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Cameron Highlands sebagai peringatan supaya pimpinan parti itu peka dengan kegelisahan rakyat, kata Presidennya Anwar Ibrahim.

“Saya percaya keputusan ini menjadi peringatan kepada pimpinan Keadilan dan Pakatan Harapan bahawa kita perlu peka terhadap kegelisahan rakyat berkait ekonomi dan kos sara hidup

Anwar berkata PKR menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dan mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional di atas kemenangan Ramli Mohd Nor yang kini menduduki kerusi parlimen itu.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berjaya mengendalikan PRK tersebut dengan cemerlang.

“Keadilan menerima keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) Cameron Highlands, dan mengucapkan tahniah kepada sdr Ramli Mohd Nor yang dipilih menjadi wakil rakyat.

“Keadilan mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang telah mengendalikan PRK Cameron Highlands dengan baik, terutama dari sudut pengurusan aduan awam serta pengumuman keputusan yang awal.

Semalam, Ramli memenangi kerusi tersebut dengan 12,038 undi mengalahkan pencabar utamanya daripada PH, M. Manogaran yang hanya mampu berpuas hati dengan 8,800 undi dalam pertandingan empat penjuru di PRK berkenaan.

– https://www.themalaysianinsight.com

.