KIT SIANG HARAP KEAJAIBAN BANTU PAKATAN TAWAN CAMERON HIGHLANDS

PAKATAN Harapan (PH) mampu memenangi pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highland jika pengundi yang berada di luar kawasan pulang mengundi untuk membantu kerajaan persekutuan menawan kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu, kata Lim Kit Siang.

Penasihat DAP itu mengakui BN mempunyai kelebihan dalam PRK itu walaupun masih berbaki sehari sebelum pengundi menunaikan tanggungjawab mereka esok.

“Sehari sebelum PRK Cameron Highlands, BN mempunyai kelebihan dan akan memenanginya, melainkan keajaiban berlaku esok dengan kehadiran pengundi luar kawasan yang sanggup pulang untuk memenangkan kerusi itu buat PH.

“Tiada penganalisis politik dan kumpulan pemilihan meramalkan Pakatan mampu menang di Cameron Highlands esok,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Turut sependapat adalah aktivis dan bekas pengerusi Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan, yang membalas Twitter Lim untuk merayu kepada pengundi luar memandangkan BN memiliki kelebihan.

“Ayuh pengundi luar kawasan. Hadapi pilihan raya kali ini seperti PRU14 dan undi. Itu pandangan calon. Anda boleh meningkatkan taraf hidup penduduk di Cameron Highlands jika membawa perubahan di sini,” kata Ambiga.

Dalam hantaran kedua menerusi Twitter, Ambiga sekali lagi merayu kepada pengundi luar dengan berkata, “Saya mungkin salah seorang pengkritik PH. Tetapi kerajaan ini sejuta kali lebih baik daripada kerajaan terdahulu. Masa untuk menunjukkan pintau (keluar) BN di Cameron Highlands.”

BN dijangka mempertahankan kerusi Parlimen itu pada PRK esok memandangkan rekod pakatan itu yang tidak pernah kalah di kwasan tersebut sejak 2003.

Awal hari ini badan penyelidik Ilham Centre meramalkan BN mampu mengekalkan penguasaan di kerusi Parlimen Cameron Highlands esok.

Katanya BN dijangka menang dengan sokongan undi Melayu dan Orang Asli sementara jumlah pengundi Cina dan India diramalkan akan merosot.

– https://www.themalaysianinsight.com

.