PAKATAN RAYU PENGUNDI MELAYU ABAI RETORIK PERKAUMAN

WALAUPUN beliau penyokong Barisan Nasional (BN) sebelum ini, Halim Sadat datang ke ceramah Pakatan Harapan (PH) di Sungai Koyan untuk mendengar apa yang boleh kerajaan tawarkan, tetapi beliau tidak terkesan dengan apa didengarnya.

“Daripada apa yang saya dengar, sesetengahnya ada asas, tetapi sebahagian lain yang PH kata, kami tidak pasti sama ada kami boleh percaya atau tidak,” kata petani berusia 55 tahun itu ketika ditemui selepas ceramah PH di Sungai Koyan Satu malam tadi.

“Daripada apa yang saya dengar ada benda yang berasas. Tapi ada benda yang PH buat yang kita tak tahu nak percaya atau tidak,” kata petani berusia 55 tahun itu ketika ditemui selepas ceramah PH di Sungai Koyan Satu malam tadi.

“Kerana mereka tak tunaikan janji. Apa yang penting mana-mana parti yang menang kena tunaikan janji. Ini kerana mereka tidak memenuhi janji sebelum ini. Apa yang penting untuk rakyat, tidak kira parti mana menang, kami mahu mereka tunaikan janji,” katanya yang berasal dari Sungai Koyan di Jelai yang menjadi medan pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Pandangan Halim itu mewakili kesukaran yang PH hadapi ketika ia cuba menaikkan sokongan daripada pengundi Melayu di kawasan pedalaman Jelai. Jelai sebahagian daripada Cameron Highlands dan dianggap sebagai kubu kuat BN kerana gabungan itu menang dengan majoriti 3,507 undi pada PRU14.

Bagi memenangi Cameron Highlands, pakar strategi PH Dr Ong Kian Ming menjangkakan PH perlu menambah sokongan Melayu kepada sekurang-kurangnya 30% daripada 9% yang diterimanya pada PRU14.

Ceramah itu yang menjadi antara usaha terakhir PH dalam tempoh berbaki 48 jam sebelum hari pengundian bermula di Cameron Highlands esok, menyaksikan barisan tertinggi kepimpinan seperti Lim Guan Eng dan pemimpin Amanah, memujuk pengundi Melayu untuk mengabaikan retorik perkauman dan mengundi PH untuk mengubah hidup mereka.

“Kami boleh buat kerja lebih baik berbanding BN kerana kami bersih. Kami tidak ambil duit rakyat dan sebab itu kami boleh uruskan ekonomi lebih baik daripada BN,” kata Lim yang juga menteri kewangan.

Lim, yang melakukan lawatan ketiga ke Jelai, menggesa pengundi mengabaikan retorik perkauman yang dimainkan oleh BN dan PAS, dan melihat kepada fakta – bahawa kerajaan negeri tidak dapat menguruskan Pahang kerana hutangnya RM3.1 bilion dan mengalami defisit bajet setiap tahun sejak 2014.

“Dia buat negeri Pahang hampir bankrap. Dia buat rakyat susah tapi mereka salahkan kita. BN tak mampu uruskan kewangan dengan baik. Oleh kerana itu dia pakai sentimen ekstrem dan mainkan isu perkauman dan agama.

“Tapi saya nak tanya adakah sentimen kaum mampu menyelesaikan masalah ekonomi? Saya mintak tuan-tuan dan puan-puan pertimbangkan ini. Bagi kita masa untuk baik pulih ekonomi kita.”

Lim berkata kemenangan untuk BN hanya akan memberi manfaat kepada bekas perdana menteri Najib Razak yang berdepan 38 tuduhan penipuan, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa dalam isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MBD).

“Dialah calon BN untuk PRK ini. Dia paling ke hadapan dalam kempen BN,” kata Lim.

– https://www.themalaysianinsight.com

.