ANNUAR: UMNO BELUM BUAT KEPUTUSAN 6 MP U-TURN

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa berkata parti itu masih belum memutuskan mengenai kemungkinan enam bekas anggota parlimen kembali kepada Umno.

“Kalau nak confirm cerita tu lebih baik tanya orang-orang yang berkenaan.

“Buat masa ini walaupun ada dibincangkan tapi tidak ada keputusan yang khusus mengenainya,” kata Annuar kepada pemberita di Tanah Rata, Cameron Highlands hari ini.

Annuar berada di sini untuk berkempen terhadap calon BN Ramli Mohd Nor sempena pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Terdahulu, enam anggota parlimen yang keluar Umno bulan lepas dilapor mungkin membuat pusingan U dan dijangka memohon menyertai semula parti itu tidak lama lagi.

Mereka dikatakan berbuat demikian kerana tindakan undang-undang yang diambil terhadap mereka bulan lalu.

Mereka ialah Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Hamzah Zainudin (Larut), Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Annuar berkata Umno adalah sebuah parti yang terbuka dan bekas anggota parlimen berkenaan masih merupakan sahabat mereka.

“Mereka semua ialah kawan-kawan kita, kita maintainhubungan peribadi yang baik dengan mereka.

“Jadi kalau mereka ada berubah fikiran itu adalah perkara yang boleh kita bincangkan,” katanya.

– M’kini

.