WARGA SINGAPURA BATAL TRIP BELI-BELAH KE MALAYSIA

PENGANJUR trip membeli-belah tahunan oleh warga Singapura ke Johor Baru menjelang Tahun Baru Cina membuat keputusan membatalkannya di saat akhir ketika hubungan antara kedua-dua negara semakin tegang berhubung pertikaian mengenai wilayah maritim dan ruang udara, lapor akhbar Sin Chew.

Beberapa kumpulan komuniti di negara itu sering menganjurkan trip beli-belah sempena Tahun Baru Cina untuk warga Singapura untuk menikmati harga lebih murah di sempadan dan simpanan bekalan barangan menjelang perayaan.

Bagaimanapun, banyak rancangan itu dibatalkan, menurut akhbar berbahasa Cina.

Liao Liyun, pengerusi Jawatankuasa Penduduk Sungai Senggang, berkata trip sehari ke Johor Bahru dan Batu Pahat setiap tahun biasanya akan disertai para pembeli yang membeli-belah.

Bagaimanapun, memandangan hubungan antara Singapura dan Malaysia semakin semakin tegang, jawatankuasa itu memutuskan untuk menangguhkan trip tahun ini kerana peserta bimbang dengan keselamatan mereka.

Liao berkata peserta diberi bayaran balik sepenuhnya, dan penduduk setempat hanya membeli barangan Tahun Baru Cina di gudang tempatan di Singapura.

Mereka yang lain memutuskan untuk membatalkan trip membeli-belah dalam usaha untuk memboikot peruncit Malaysia.

Li Meihua, penduduk Yishun, berkata mereka memutuskan untuk tidak menyeberang sempadan kerana sikap Malaysia “tidak ramah dan tidak mahu pergi membeli-belah di sana,” kata Sin Chew.

Malaysia dan Singapura terlibat dalam pertikaian mengenai perairan wilayah dan ruang udara.

Terdahulu hari ini, Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen, berkata pasukan keselamatan diarahkan bertahan selepas Menteri Besar Johor, Osman Sapian melawat sebuah kapal Malaysia yang didakwa republik itu sebagai perairan wilayahnya.

Menteri luar dari kedua-dua negara bertemu minggu lepas di republik itu untuk perbincangan, yang akan diikuti oleh pertemuan antara menteri pengangkutan negara masing-masing pada akhir bulan ini.

– https://www.themalaysianinsight.com

.