INI AYAT SERIUS, AYAT PERLI ATAU AYAT NAK MELAGA?

Tidak dipastikan apakah maksud dan tujuan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menulis sedemikian rupa berkenaan dengan Azmin Ali di laman Twitternya.

Adakah beliau serius bermaksudkan Azmin bakal Timbalan Perdana Menteri?

Adakah ini bermakna Azmin akan menggantikan tempat Dr. Wan Azizah Wan Ismail?

Atau beliau bertujuan menyindir Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu kerana namanya turut dikaitkan sebagai bakal Perdana Menteri?

Mungkinkah Dr. Asyraf juga bertujuan untuk melaga-lagakan Azmin dengan Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah?

Tetapi, adakah Azmin tercuit hati atau mula seronok dengan apa yang ditulis Dr. Asyraf itu?

Tidur lenakah Azmin malam ini?

–¬†http://shahbudindotcom.blogspot.com

.