QUE SERA SERA….

Berikut adalah antara luahan Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan media India, The Hindu:

“Usia saya 71 tahun, saya sudah diseksa dan kemudian diseksa lagi (dua kali dipenjara), jadi saya tidak terlalu risau tentang masa depan.

“Saya tahu orang fikir ahli politik tidak bermaksud (apabila mengatakannya), tetapi saya berkata benar.

“Que Sera Sera (apa yang akan terjadi, jadilah).

“Ya, kami berdua bersetuju dan parti juga sama di mana tempohnya tidak lebih dua tahun (Mei 2020), tetapi saya berkata penting untuk kita tidak umumkan tarikhnya.

“Kami mahu Tun Mahathir mentadbir negara secara efektif dengan sokongan penuh selain bersatu menumpukan kepada masalah ekonomi.

“Tidak (menyesal), kerana kita berjaya tumbangkan regim yang korup.

“Saya bukan hipokrit, dan saya katakan ia satu keputusan sukar dan menyakitkan, juga kepada isteri saya (Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan anak-anak yang begitu menderita.

“Saya beritahu mereka bahawa demi negara, kita perlu pandang ke depan. Azizah komited dan teruskan dengan kempen. Masalah yang dihadapi negara lebih runcing berbanding masalah saya.

“Dipenjara, kurungan terasing, diserang (bekas) ketua polis, diaib oleh dakwaan seksual dan khianat memang amat sukar, tetapi akhirnya kita menang.

“Walaupun dengan wang, kehakiman yang perlu kita hadapi, tiada siapa boleh lawan kehendak rakyat.

“Tentulah ada kerisauan di kalangan penyokong kita yang lebih muda, termasuk anak saya (Nurul Izzah) yang melepaskan jawatan parti kerana kekecewaan, dan kita perlu akui rakyat ada jangkaan yang tinggi terhadap kerajaan kita”.

Seperti ada nada kecewa, putus asa, rasa tidak menentu yang bercampur-baur dengan pelbagai perasaan lain dalam diri Anwar sekarang ini, namun apakah rakyat Malaysia rela melihat beliau dinodai daripada sebuah janji yang sudah dimeterai?

Ya, Que Sera Sera….pelbagai makna boleh ditafsir daripadanya?

– http://shahbudindotcom.blogspot.com

.