ORANG MELAYU, MELANAU DI SARAWAK TIDAK PERCAYA PARTI DARI SEMENANJUNG

KEBIMBANGAN terhadap kerugian dari segi ekonomi dan hilang naungan politik yang diberikan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah punca penolakan kaum Melayu dan Melanau di Sarawak terhadap parti dari Semenanjung, kata penganalisis.

Mereka mengesahkan penemuan baru-baru ini bahawa orang Melayu dan Melanau di negeri itu bimbang mempunyai kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) selepas pilihan raya Sarawak 2021.

Felo kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Faisal S. Hazis dan ahli sains sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Jeniri Amair berkata orang Melayu, Melanau dan kumpulan etnik Islam lain seperti Kedayan dan Jatti Meirek menyatakan kebimbangan yang sama seperti pilihan raya negeri 2006 apabila DAP menembusi Sarawak.

Mereka merujuk kepada satu kaji selidik oleh Ilham Centre dan badan pemikir Penang Institute, yang menunjukkan kebimbangan responden Sarawak terhadap gabungan PH berkuasa di negeri ini.

PH mengambil alih kuasa persekutuan pada pilihan raya umum 9 Mei tetapi kekal sebagai pembangkang di Sarawak.

Keputusan kajian yang dikeluarkan pada 8 Disember menunjukkan responden Melayu dan Melanau Sarawak merasakan kedudukan istimewa mereka akan terjejas sekiranya PH mengambil alih.

“Ini mungkin satu kaji selidik kumpulan kajian yang mensasarkan segelintir orang sahaja, tetapi penemuan itu mencerminkan keadaan umum sebenar,” kata Faisal, yang turut dipersetujui Jeniri.

Faisal menyalahkan indoktrinasi kuat PBB selama bertahun-tahun dan keputusan pilihan raya 9 Mei kerana menimbulkan kebimbangan.

Katanya, PBB sejak bertahun lamanya memberi amaran kepada pengundi luar bandar Melayu dan Melanau bahawa parti berpangkalan di Semenanjung tidak mampu melindungi kepentingan mereka seperti mana parti tempatan.

Beliau memetik kempen PBB “undi orang kita” sebagai contoh utama dan kini tertanam dalam minda penyokong tradisinya.

“Mereka memberi amaran itu memandangkan bilangan yang lebih kecil, minoriti, tetapi masih memegang kuasa. Mereka hanya perlu bersama untuk tetap kuat tetapi, di bawah parti seperti PBB yang dapat memenuhi kepentingan mereka.”

Pada pilihan raya negeri 2006, DAP memperoleh kemenangan agak besar, memenangi lima kerusi  dengan tambahan satu kerusi pada 2001.

Faisal berkata, apabila DAP memenangi enam lagi kerusi dalam pemilihan 2011, ia memberi amaran kepada kalangan orang Melayu negeri, orang Islam lain.

Malah ketika DAP mengalami kekalahan mengejut dalam pilihan raya 2016 apabila kehilangan lima kerusi, ia tidak masih tidak menenangkan keadaan, katanya.

“Ceramah tsunami Cina selepas pilihan raya 2016, ketika DAP terus memperkuatkan cengkamannya di pusat bandar seperti Kuching, masih menduri dalam diri orang Melayu.”

Faisal berkata apabila tidak ada orang Melayu di DAP Sarawak, PKR atau Amanah memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 di negeri itu, ia hanya memainkan naratif PBB bahawa PH tidak mampu menjaga kepentingan mereka.

“PKR, yang dilihat sebagai parti yang berasaskan kaum Dayak di Sarawak, menambahkan lagi kebimbangan.”

Orang Melayu dan Melanau adalah seperti orang Melayu Umno di Semenanjung yang bimbang dengan kesejahteraan ekonomi mereka, katanya.

“Perlindungan politik masih paling penting dalam fikiran mereka. Apabila anda kehilangan pelindung politik anda, anda hilang kuasa.”

Jeniri lebih lantang.

“Orang Melayu Sarawak hanya tidak mempercayai parti berpangkalan di Semenanjung dan lebih penting lagi, tidak percaya kepada pemimpin Melayu Semenanjung dapat melindungi kepentingan mereka seperti mereka yang ada dalam PBB.

“Itulah fakta. Bagi orang Melayu dan Melanau, PBB sentiasa menjaga mereka.

“Perubahan seolah-olah menjadi faktor ketakutan bagi mereka.”

Seperti Faisal, Jeniri berkata ketiadaan seorang ahli Parlimen Melayu dari Sarawak dalam pembangkang selepas pilihan raya umum yang lalu hanya menimbulkan ketakutan.

Walaupun disatukan dengan Melanau, orang Melayu di Sarawak hanya membentuk 26% penduduk negeri ini.

– https://www.themalaysianinsight.com/

.