BN AMBIL LANGKAH BIJAK PILIH CALON ORANG ASLI, KATA PENGANALISIS

Ini kerana Umno tidak akan berasa malu sekalipun calon itu kalah kerana bukan daripada mana-mana parti komponen, kata pensyarah sains politik Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Terdahulu hari ini, Pengerusi BN Mohamad Hasan menamakan Ramli Mohd Noor sebagai calon PRK Cameron Highlands.

“Walaupun Ramli adalah calon yang baik kerana terkenal di kalangan suku Semai dan juga menjadi bendahari bagi Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM), beliau sukar untuk memenangi kerusi ini,” kata Kamarul.

“Pakatan Harapan (PH) masih mempunyai kelebihan dari segi jentera, media dan kewangan. Selain itu, PH kini adalah kerajaan Persekutuan.”

Ramli, 60, berketurunan suku Semai dan berasal dari Pos Mensoon, Ringlet di Cameron Highlands.

Beliau bersara daripada perkhidmatan awam sebagai ketua bahagian jenayah komersial Pulau Pinang dan sedang menghabiskan PhD dalam bidang perniagaan.

Keputusan BN meletakkan calon Orang Asli juga disebabkan bilangan etnik itu yang ramai di Cameron Highlands.

Undian, yang kebanyakannya daripada suku Semai, membentuk majoriti dalam sembilan daripada 29 stesen pengundian dan terdiri 22% daripada 32,000 pengundi berdaftar di Cameron Highlands.

Kamarul berkata sejarah menunjukkan ia tidak berpihak kepada BN kerana pembangkang selalunya didapati sukar memenangi PRK dalam menentang calon kerajaan yang memerintah.

“Tetapi sistem meletakkan calon bebas tak pernah dibuat di Semenanjung. Jadi, sekarang ini agak terlambat.”

Strategi itu katanya, adalah untuk mengurangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan parti komponen BN apabila alon mereka tidak diletakkan.

Komen calon Pakatan Harapan, M Manogaran baru-baru ini iaitu orang Melayu pun tidak beli kuih Orang Asli akan menjejaskan peluangnya untuk mendapat undi dari kedua-dua kumpulan pengundi, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Januari, 2019.
Komen calon Pakatan Harapan, M Manogaran baru-baru ini iaitu orang Melayu pun tidak beli kuih Orang Asli akan menjejaskan peluangnya untuk mendapat undi dari kedua-dua kumpulan pengundi, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Januari, 2019.

Kelebihan kepada BN

Pemilihan calon, faktor PAS dan masalah Pakatan memberi kelebihan kepada BN di Cameron Highlands, kata Prof Dr Awang Azman Awang Pawi.

“Ramli adalah calon yang dihormati penduduk tempatan dan ketua-ketua kampung dan ini akan banyak membantu beliau dalam kalangan Orang Asli berbanding calon Pakatan, M Manogaran,” kata Awang Azman.

Komen Manogaran baru-baru ini iaitu orang Melayu pun tidak beli kuih Orang Asli akan menjejaskan peluangnya untuk mendapat undi dari kedua-dua kumpulan pengundi.

“Walaupun beliau sudah meminta maaf atas komen itu, ini menampakkan yang beliau tidak sensitif dan tidak faham budaya tempatan,” kata pensyarah mengenai kajian Melayu itu.

– ://www.themalaysianinsight.com

.