DR MAHATHIR MENGHADAP SULTAN JOHOR

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Baru, pertemuan mereka yang pertama sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.Pertemuan ini berlangsung ketika Malaysia menunggu Majlis Raja-Raja melantik Yang di-Pertuan Agong yang baharu selepas Sultan Muhammad V letak jawatan, Ahad lalu.

Dr Mahathir dilihat memasuki Istana Bukit Serene dengan kenderaan rasmi perdana menteri kira-kira pukul 3.57 petang tadi, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira 25 minit sebelumnya.

Semalam, setiausaha akhbar perdana menteri, Endie Shazlie Akhbar menafikan pertemuan hari ini ada kaitan dengan isu pemilihan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya sudah dirancang sebelum Sultan Muhammad V letak jawatan.

Sebaliknya, pertemuan empat mata ini adalah jemputan Sultan Johor yang mencadangkan mereka bertemu dua minggu lalu, katanya.

Endie juga memberitahu media semalam, pertemuan ini tidak disertai Menteri Besar Johor, Osman Sapian walaupun urusan protokolnya dikendalikan oleh pejabat beliau.

–¬†https://www.themalaysianinsight.com/

.