LANTIK ANAK SANUSI JUNID TAK LANGGAR MANIFESTO PH, KATA PEMUDA PPBM

Muzzammil berkata Akhramsyah, Sukiman dan Haniff memiliki pengalaman luas dan kepakaran daripada bidang masing-masing yang tidak wajar diketepikan begitu sahaja.

“Haniff seorang peguam dan terlibat dalam pelbagai bentuk kerja perundangan di pelbagai peringkat dan semestinya kepakaran ini yang dicari untuk hadapi tugasan penting dalam menyelesaikan masalah dan kemaskini urus tadbir Perda.

“Akhramshah pernah berkhidmat lama bersama Shell sebagai pengurus, beliau juga mempunyai kelulusan ijazah dan master dalam bidang kejuruteraan kimia dari universiti terkemuka di London.

“Sukiman pula merupakan bekas naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia,” katanya.

Muzammil menggesa pemimpin pembangkang supaya menyemak fakta terlebih dulu sebelum membuat kenyataan, kerana tuduhan merendahkan kredibiliti sebagai ejen semak dan imbang.

Beliau merujuk kepada janji manifesto Pakatan Harapan yang berjanji tidak akan ada lantikan politik bagi “syarikat berkaitan kerajaan”.

“Sedangkan Perda badan berkanun yang ditubuhkan bawah Akta Parlimen. Manakala, Mara Corp dan Unitek pula anak syarikat Mara yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen,” katanya.

Terdahulu, pelantikan 3 individu itu disindir beberapa pemimpin pembangkang termasuk Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Pelantikan mereka dikatakan memungkiri janji dalam manifesto pilihan raya PH.

– FMT

.