DR MAHATHIR TAHU BILA PERLU SERAH JAWATAN KEPADA ANWAR

TIADA perjanjian dua tahun mengenai penyerahan jawatan perdana menteri dan ia adalah antara Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim, kata Liew Chin Tong.

Dr Mahathir juga tahu bila sepatutnya beliau perlu serahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar, katanya.

“Dalam satu kenyataan bertulis (tahun lepas), tidak dinyatakan tempoh akhir meskipun sangat jelas peralihan akan berlaku.

“Ada bermacam formula dan tempoh masa dalam perbincangan tertutup tetapi apa yang jelas, Dr Mahathir sangat komited,” kata Liew ketika ditemu bual di Kementerian Pertahanan Jumaat lalu.

Dr Mahathir katanya, telah berjanji untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar dan presiden PKR itu juga telah berjanji tidak akan membangkitkan isu bilakah tarikh serahan jawatan.

“Apabila negara sudah stabil, Dr Mahathir tahu sudah sampai masanya untuk beliau undur diri.”

Tambah Liew, kedua-dua pemimpin itu telah diberi peluang yang jarang-jarang berlaku dalam sejarah, untuk memperbaiki hubungan mereka serta pada masa yang sama memulihkan negara.

“Selagi Anwar dan Dr Mahathir jelas, peralihan akan berlaku,” kata timbalan menteri pertahanan itu ketika diminta mengulas mengenai tuntutan dari Bersatu dan PKR mengenai perkara itu,” katanya.

Tambah Liew, kedua-dua pemimpin itu telah diberi peluang yang jarang-jarang berlaku dalam sejarah, untuk memperbaiki hubungan mereka serta pada masa yang sama memulihkan negara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 6 Januari, 2019.
Tambah Liew, kedua-dua pemimpin itu telah diberi peluang yang jarang-jarang berlaku dalam sejarah, untuk memperbaiki hubungan mereka serta pada masa yang sama memulihkan negara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 6 Januari, 2019.

Pada perhimpunan agung tahunan Bersatu minggu lepas, beberapa perwakilan parti mencadangkan supaya Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri selama sepenggal, manakala pemimpin-pemimpin PKR pula mempersoalkan tempoh dua tahun yang dijanjikan sebelum ini.

Persetujuan rasmi mengenai bilakah sepatutnya Dr Mahathir menyerahkan jawatan beliau kepada Anwar memang tidak ada, bagaimanapun beberapa pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) mencadangkan ia perlu berlaku pada 2020.

“Semasa saya mula terlibat dalam politik pada 1998, berjuang untuk Anwar dan melawan Dr Mahathir, kita tak pernah terfikir akan sampai hingga ke tahap ini.

“Ini peluang yang jarang berlaku. Ini bukan mengenai mereka sahaja kerana ia juga melibatkan negara dan generasi kita yang sudah 20 tahun menghabiskan masa melawan BN. Mereka tahu ini bukan untuk diri mereka sendiri dan ini peluang untuk mereka pulihkan negara,” kata Liew.

Jelas beliau, tahun lalu juga menunjukkan kedua-dua pemimpin itu saling memerlukan antara satu sama lain dan keadaan sebenarnya tidaklah seburuk yang mereka sangkakan.

“Hasilnya (kerjasama), Dr Mahathir kini tahu Anwar bukanlah seteruk yang disangkakan. Dan dari situ juga Anwar tahu mulianya matlamat Dr Mahathir terhadap negara. Mereka sedar yang peluang ini amat jarang berlaku,” kata Liew.

Setiausaha Agung PH Saifuddin Abdullah pada awal minggu ini berkata tiada perjanjian formal bagi Dr Mahathir menyerahkan jawatan beliau kepada Anwar dalam tempoh dua tahun.

Bagaimanapun, perdana menteri berulang kali menegaskan akan berpegang kepada janji dan Anwar sendiri berkata beliau tidak meragui Dr Mahathir.

– https://www.themalaysianinsight.com

.