2019 PERMULAAN PAKATAN TUNAI JANJI MANIFESTO, KATA MOHAMAD SABU

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) menjadikan tahun 2019 permulaan untuk melaksanakan program-program pembaharuan yang dijanjikan dalam manifesto PH, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Mohamad yang juga menteri pertahanan berkata pembaharuan yang sedang dan yang akan dilaksanakan itu bertujuan membawa kemajuan dan memulihkan ekonomi negara.

“Kami akan membantu rakyat terutama golongan B40, menangani kos kenaikan harga barang, sara hidup dan meningkatkan pendapatan negara bagi meringankan beban rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis Santai bersama Presiden Amanah di Kuala Perlis, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menafikan dakwaan berlaku pergolakan dalam parti gabungan PH.

– Bernama

.