PERUBAHAN BAWAH PAKATAN HANYA MANSUH GST, KATA PENGUNDI MELAYU

PEMANSUHAN cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah satu-satunya perubahan jelas yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata pengundi Melayu dalam satu kaji selidik yang dijalankan Ilham Centre dan Penang Institute.

Pengundi yang mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan yang diadakan pada 21 Oktober hingga 21 November tahun lalu menyatakan, mereka tidak menyedari bukti perubahan lain ketika kerajaan bertukar daripada Barisan Nasional (BN) kepada PH selepas pilihan raya umum 9 Mei.

Mereka menuduh kerajaan kurang berusaha dalam membantu rakyat untuk mengatasi kos sara hidup yang tinggi.

“Hanya pemansuhan GST. Harga kebanyakan barangan, petrol dan tol tidak turun.

“Ini sangat mengecewakan mereka,” kata ketua penyelidik dan felo Ilham Centre Dr Mohd Yusri Ibrahim, yang mendedahkan dapatan kajian itu malam tadi.

Selepas mendapat kuasa, pentadbiran PH memansuhkan GST dan menggantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan selepas tiga bulan pengecualian cukai, menyatakan harga barangan akan menurun dengan sistem cukai baharu.

Kebanyakan responden tinjauan menuduh kerajaan kurang berusaha dalam membantu rakyat untuk mengatasi kos sara hidup yang tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Januari, 2019.
Kebanyakan responden tinjauan menuduh kerajaan kurang berusaha dalam membantu rakyat untuk mengatasi kos sara hidup yang tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Januari, 2019.

Kajian itu melibatkan 125 golongan muda, lelaki dan wanita dari pelbagai bahagian di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka diundang oleh penyelidik untuk berkongsikan dan memberi maklum balas dalam perbincangan kumpulan yang memfokuskan kepada pembangunan politik pasca-PRU14.

Yusri berkata, penyertaan kumpulan sasar itu juga merungut tentang kejatuhan harga kelapa sawit, getah dan kelapa, yang memberi kesan kepada kehidupan mereka.

“Penurunan drastik harga komoditi ini memberikan impak besar kepada masyarakat. Penurunan pendapatan da kos sara hidup yang tinggi menjadikan kehidupan rakyat semakin sukar.

“Ini berlaku selepas pertukaran kerajaan daripada BN kepada PH, rakyat kini meragui sama ada kerajaan PH adalah lebih baik atau lebih buruk berbanding BN,” katanya.

Isu lain yang dibangkitkan oleh peserta kumpulan sasar adalah elaun sara hidup nelayan yang dinikmati golongan itu ketika pentadbiran sebelum ini ditarik balik.

“Mereka membandingkan dasar baharu dengan dasar BN sebelum ini, dan mengatakan pentadbiran PH tidak bagus dari segi tadbir urus.

“Sehingga kini, mereka menyatakan mereka tidak nampak usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk membantu mereka berdepan dengan kos sara hidup. Ini merupakan pandangan kebanyakan daripada peserta,” kata Yusri.

PH bergantung penuh kepada sokongan bukan Melayu dan bukan Islam dan pengundi bandar untuk memang pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). Kebanyakan Melayu Islam di kawasan luar bandar memberi undian mereka kepada BN dan parti Islam PAS.

Ilham Centre mendapati hanya satu daripada lima pengundi Melayu-Islam mengundi PH pada PRU14.

Tinjauan mendapati antara isu yang dibangkitkan oleh peserta kumpulan sasar adalah elaun sara hidup nelayan yang dinikmati golongan itu ketika pentadbiran sebelum ini ditarik balik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Januari, 2019.
Tinjauan mendapati antara isu yang dibangkitkan oleh peserta kumpulan sasar adalah elaun sara hidup nelayan yang dinikmati golongan itu ketika pentadbiran sebelum ini ditarik balik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Januari, 2019.

Di negeri Kelantan, Kedah, Perak, Perlis, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan, lebih 60% daripada 90% pengundi Melayu-Islam memberi sokongan kepada BN dan PAS.

Pada pilihan raya 9 Mei, PH memenangi 113 kerusi Parlimen dan mengambil alih Putrajaya. Parti mesra PH di Sabah, Warisan memenangi lapan kerusi.

BN dan PAS masing-masing mendapat 79 dan 18 kerusi, dengan bakinya dimenangi oleh calon bebas dan parti kecil lain.

Selepas beberapa peletakan jawatan oleh pemimpin BN, kerusi bekas pakatan pemerintah itu berkurangan kepada 39. PH mendapat enam kerusi tambahan berikutan pembelotan itu.

Yusri berkata, ek0nomi bukan faktor utama yang mempengaruhi keputusan peserta kumpulan sasar berhubung parti mana untuk diundi pada pilihan raya tahun lalu.

“Bagi mereka yang tidak mengundi kerana ekonomi, motivasi mereka adalah untuk menolak bekas perdana menteri Najib Razak, yang dikaitkan dengan skandal dan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad.

“Bagi mereka yang mengundi kerana ekonomi, mereka tidak menyesal dengan pilihan mereka. Mereka merasakan terlalu awal untuk menilai PH. Ini merupakan pandangan mereka daripada wilayah tengah.”

– https://www.themalaysianinsight.com/

.