‘MULAI MINGGU DEPAN, 1 JUTA PENGGUNA ELEKTRIK AKAN TERKORBAN’

Lebih sejuta isi rumah, yang sebelum ini tidak perlu membayar apa-apa, akan mula membayar bil elektrik bermula minggu depan, kata bekas perdana menteri.

Najib Razak berkata perkara itu berpunca daripada tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memansuhkan pengecualian bayaran bil elektrik bawah RM20 dan menggantikannya skim baru.

“Mereka berkorban (ataupun sudah terkorban) untuk negara seperti disaran oleh kerajaan PH,” katanya.

Mengikut Najib, katanya, skim baru itu hanya melibatkan 185,000 isi rumah yang berdaftar bawah sistem e-Kasih melibatkan pendapatan bulanan kurang dari RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar).

– M’kini

.